Lihat Aksi Navas Yang Dilanda Kebosanan Hingga Terlupa Posisinya

Kebosanan yang teramat sangat telah menimpa penjaga gol Paris Saint Germain, Keylor Navas ketika dalam aksi pertemuan menentang Basaksehir FK awal pagi tadi.

Oleh kerana terlalu bosan dan tidak tahu hendak buat apa, Keylor Navas memutuskan untuk ikut sama pemain lain untuk bermain di tengah padang.

Penjaga gol kebangsaan Costa Rica itu memperoleh keputusan cleen sheet dalam perlawanan ini selepas PSG dengan mudah menjinakkan Basaksehir 2-0.

Dalam aksi perlawanan kedua untuk kumpulan H di Istanbul itu, telah tular aksi Navas di hujung permainan yang memperlihatkan beliau sudah tidak berada di posisinya lagi.

Selepas melihat Moise Kean menjaringkan dua gol untuk PSG dan meneruskan rentak kecemerlangannya bermain di bawah kendalian Thomas Thuchel, Navas dilihat tenang berjalan keluar meninggalkan gawang golnya untuk naik ke atas.

Selain Navas, Manuel Neuer juga sungguh terkenal dengan sikapnya yang suka untuk naik ke atas dan meninggalkan gawang golnya tanpa di kawal, dan sejak beberapa tahun ini beliau sudah tidak melakukan lagi hal tersebut.

Kini Navas pula sudah terjangkit penyakit Neuer dengan meninggalkan gawang golnya untuk naik ke atas dan mungkin beliau berminat untuk menjadi ball-playing goalkeeper di era modern ini.

Aksi Navas itu telah tular di media sosial dan mendapat perhatian dari kalangan para peminat yang membicarakannya.

Tahun lalu, penjaga gol Manchester City, Ederson turut melakukan hal yang sama dengan beliau sepertinya sudah terlupa bahawa dirinya seorang penjaga gol kerana terleka bertukar hantaran di kawasan midfield bersama rakan sepasukannya ketika menentang Wolves.

Walau bagaimanapun, pengurus pasukan Manchester City, Pep Guardiola jelas tidak gemar dengan aksi yang dipamerkan oleh Ederson ketika itu.

PSG dalam perlawanan pada awal pagi tadi mengalami sedikit kesukaran di awal permainan dan gagal untuk mencipta sebarang jaringan sehingga tamat 45 minit pertama permainan.

Dengan kehilangan Neymar yang terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan, jentera serangan PSG jelas tidak begitu menjadi dalam perlawanan ini.

Mujur saja Moise Kean berjaya untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-64 perlawanan sebelum beliau sekali lagi menjaringkan gol kemenangan untuk PSG menewaskan Basaksehir FK 2-0.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.