Lihat Aksi Moise Kean Mengaibkan Dayot Upamecano Tanpa Belas Kasihan

Moise Kean berjaya memalu dan mengaibkan Dayot Upamecano ketika dalam aksi kekalahan 2-1 Paris Saint Germain kepada RB Leipzig awal pagi semalam.

Pemain kebangsaan Perancis itu kini dianggap sebagai salah seorang pemain centre back terhebat di dunia selepas mempamerkan aksi cukup mantap bersama RB Leipzig.

Beliau juga telah dikaitkan dengan perpindahan mega bersama beberapa kelab besar premier league seperti Manchester United dan Liverpool sebelum ini.

Namun, selepas pasukannya dibelasah teruk oleh Manchester United pada minggu lalu, bintang berusia 22 tahun itu sepertinya hilang tumpuan sehingga terlihat sangat dungu dilakukan oleh Moise Kean.

Pemain pinjaman dari Everton itu telah berjaya memperbodohkan Dayot Upamecano dengan cara yang sungguh mengaibkan di Red Bull Arena semalam.

Kedua-dua mereka ketika itu sedang berkejaran di sudut sebelah kiri padang pada babak kedua permainan, semasa mereka berdua sedang berlari pantas, Keane dengan cemerlang telah menarik semula bola ke belakang dan menyebabkan Upamecano terhuyung-hayang tanpa arah tujuan.

Beliau pada awalnya kelihatan sedikit terlajak selepas Keane menarik bola tersebut, dan selepas dari itu beliau seolah-olah hilang keseimbangan dan terus hilang dari tumpuan kamera.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, Dayot Upamecano juga menjadi punca kepada jaringan pertama PSG menerusi Angel Di Maria.

Beliau ketika itu cuba untuk menghantar bola kepada penjaga gol namun berjaya dipintas Oleh Moise Kean yang melorongkan bola tepat kepada Di Maria untuk gol pembukaan PSG pada minit ke-5 permainan.

Tidak cukup dengan itu, Dayot Upamecano juga telah menghadiahkan sepakan penalti kepada PSG pada minit ke-15 permainan selepas bola terkena tanggannya dan beliau turut dilayangkan kad kuning kerana insiden tersebut.

Mujur saja Angel Di Maria gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut dan Leipzig berjaya peroleh jaringan penyamaan pada minit ke-41 permainan menerusi bekas pemain PSG, Christopher Nkunku.

Selain Nkunku, seorang lagi bekas pemain PSG, Emil Forsberg turut berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Leipzig pada minit ke-57 permainan.

Paris Saint Germain tewas 2-1 dalam perlawanan tersebut dan dua pemain mereka, Idrissa Gueye serta Presnel Kimpembe telah dilayangkan kad merah dalam perlawanan tersebut.

Kekalahan tersebut juga merupakan kekalahan kedua Paris Saint Germain dalam saingan liga Juara-juara musim ini selepas sebelum ini skuad kendalian Thomas Thuchel itu turut kecundang di tangan Manchester United.

Sementara itu, Kean kini sedang berada di tahap persembahan terbaiknya sejak mula menyertai PSG. Beliau telah berjaya menjaringkan empat gol dari enam penampilannya dalam semua pertandingan.

Beliau juga cemerlang menjaringkan dua gol ketika dalam aksi PSG menewaskan Istanbul Basaksehir 2-0 minggu lalu.

Menariknya, beliau menjaringkan jumlah gol yang sama bersama Everton sebelum ini tetapi dari 37 penampilannya dalam semua pertandingan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.