Lionel Messi berada di ambang meninggalkan Barcelona, kelab bola sepak yang beliau sertai sejak 19 tahun yang lalu.
Sudah pun dianggap legenda di Nou Camp, Messi dikatakan nekad dan tidak akan mengubah pendiriannya kali ini.
Sebabnya mudah. Di sebalik segala fiasco pertukaran jurulatih, kegagalan di saingan domestik serta eropah, Messi sebenarnya sudah hilang kepercayaan terhadap projek yang mahu dibawa oleh Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu.
Tahap kekecewaan Messi kini begitu mendalam sehingga kapten Argentina itu dikatakan tidak akan menarik balik keputusan walaupun sekiranya Bartomeu meletak jawatan.
If you were Lionel Messi, which shirt would you pick? 🤔 pic.twitter.com/zZMX0pDhgm
— Goal (@goal) August 27, 2020
Perkhabaran Messi menghantar surat tuntutan pantas menarik perhatian beberapa kelab khususnya Manchester City dan Paris Saint-Germain.
Inter Milan dan Manchester United turut memerhati situasi semasa dari jauh.
Selain 4 buah kelab ini, satu lagi kelab yang turut mahukan khidmat Messi ialah Newell’s Old Boys – kelab di mana karier Messi ketika masih bergelar kanak-kanak bermula.
These clips of Lionel Messi when he was just a kid 👶
Destined for greatness 🐐 pic.twitter.com/nSTGc7n2z2
— Barca media (@BarcaMedia10) August 28, 2020
Pada Khamis lalu, penyokong-penyokong Newell’s membanjiri jalanan di Rosario – tempat kelahiran Messi – untuk memujuk dan menyampaikan mesej kepada pemain yang sinonim dengan jersi No.10 itu.
Ia mungkin sukar untuk melihat Messi beraksi bersama Newell’s untuk dua tiga musim akan datang, namun pemain tersebut pernah meluahkan hasrat untuk kembali satu hari nanti.
Lionel Messi: "My dream was always to be a football player in the Primera División with Newell's". pic.twitter.com/TkrIWK2Cic
— Newell's Old Boys – English (@Newells_en) August 14, 2020
Ini kerana Newell’s sentiasa mempunyai tempat yang istimewa di dalam hati Messi.
Sehingga ke hari ini, Messi kekal sebagai penyokong setia pasukan yang pernah beliau sertai pada usia 6 sehingga 12 tahun sekitar 1990 an.
Pada ketika Messi menghampiri perpindahan dari Barca, sebuah video menunjukkan aksi beliau ketika bersama Newell’s pada usia 8 tahun mulai tular di media sosial.
8-year-old Leo Messi playing a youth tournament with Newell's Old Boys.
These moves, this left foot… 🐐 pic.twitter.com/DbtxKHRLJp
— Football Talent Scout – Jacek Kulig (@FTalentScout) August 27, 2020
Newells’ Old Boys merupakan kelab bola sepak pertama yang disertai oleh Messi – walaupun tidak pernah melakukan penampilan bersama pasukan senior.
Di kelab itulah bakat Messi pertama kali dihidu oleh Barcelona satu ketika dahulu.
Sepanjang kariernya bersama Newell, Messi telah menjaringkan lebih 500 gol untuk pasukan akademinya.
Pada usia 33 tahun, karier Messi boleh dikatakan berada di penghujung. Ianya pasti sesuatu yang hebat untuk menamatkan apa yang dimulakan satu ketika dahulu di kelab yang sama.