Dean Henderson menampilkan aksi menyelamat menakjubkan untuk Manchester United dalam perlawanan menentang Luton Town di pertandingan Piala Carabao pada awal pagi tadi.
Skuad Setan Merah menang mudah dengan jaringan 3-0. Namun pada ketika kedudukan 1-0, Luton berjaya mencipta peluang dan hampir sahaja menghasilkan gol penyamaan.
Perlawanan separuh masa pertama menyaksikan Manchester United beraksi agak hambar dan buntu untuk memecahkan benteng Luton Town di tambah dengan percubaan-percubaan yang lemah.
Luton Town bermain dengan penuh berhati-hati dan banyak berkampung di kawasan sendiri sambil menunggu peluang terbaik untuk melakukan serangan balas pantas.
Moment of the game. Dean Henderson rising to the occasion. pic.twitter.com/FEsvViGD1B
— Red Devil Bible (@RedDevilBible) September 22, 2020
Jesse Lingard yang bermain disebelah kiri banyak menerima bola untuk diumpan ke gawang dan kotak penalti tetapi gagal menghasilkan sesuatu.
Pada minit ke-44, Brandon Williams telah dijatuhkan di dalam kotak penalti dan seperti biasa sepakan penalti dihadiahkan oleh pengadil.
Juan Mata tidak mempersia-siakan peluang mudah dan percuma ini dengan mudah meletakkan bola ke kanan gawang untuk mendahului satu gol.
Baki 45 minit permainan kembali bersambung dan tiada apa yang menarik untuk tempoh 10 minit pertama kecuali percubaan Jesse Lingard yang meliar. Cukup menghiburkan.
Percubaan padu dan leret Namenja Matic ke penjuru kanan gawang telah berjaya ditepis dengan penuh bergaya oleh penjaga gol Luton Town, James Shea.
Pada minit ke-62 hampir saja Setan Merah menggandakan kedudukan tapi sayang ketika bola rembatan Lingard hampir saja masuk telah dikeluar berhampiran garisan.
Berbaki 15 minit permainan, Manchester United masih gagal menambah gol dan Luton Town mula lebih agresif untuk mencari gol penyamaan.
Ole Gunnar Slolskjaer membuat tiga pertukaran serentak pada minit ke-78 memasukkan Bruno Fernandes, Marcus Rashford dan Mason Greenwood menggantikan Van De Beek, Juan Mata dan Odion Ighalo.
Luton Town hampir menyamakan kedudukan melalui Tom Lockyer melalui satu tandukan tetapi Dean Henderson pantas menampar bola keluar bola.
Tom Lockyer melonjak tinggi untuk menanduk masuk, dan menjangkakan tandukan di near post tersebut mampu menghasilkan jaringan.
Percubaan oleh Lockyer itu menampilkan aksi refleks Henderson yang setangkas kucing menangkis sebelum mencakar bola untuk memastikan bola.
Skuad Nathan Rose jelas kecewa dengan kegagalan memanfaatkan peluang itu, dan Henderson pula jelas gembira dengan sumbangan yang diberikannya.
Akhirnya Marcus Rashford berjaya menggandakan kedudukan yang bermula dari lambungan Fernandes kepada Greenwood yang dengan genius menolak bola kepada Rashford yang datang membuat larian.
Mudah Rashford melepasi pertahanan Luton Town dan menewaskan James Shea. Cantik dan bijak bangat gerakan ini.
Sebelum tamat perlawanan, Mason Greenwood menjaringkan gol ketiga yang sangat genius, Greenwod menyilang-nyilangkan kaki sebelum membengkokkan gerakan bola ke gawang.
Henderson pada musim lalu beraksi bersama Sheffield United secara pinjaman sejak dua musim lalu. Musim ini Solskjaer mahu Henderson untuk mencabar David de Gea sebagai penjaga gol No.1.
Dean Henderson kini menjadi pesaing utama Jordan Pickford untuk menjadi penjaga gol utama England di Euro 2021.
Namun ianya juga sukar, kerana Gareth Southgate setakat ini seperti tidak berganjak dengan pilihan beliau walaupun Dean Henderson antara shots stopper terbaik di lima liga utama Eropah.
I dreamt about this my whole life!! Unbelievable feeling to make my debut for the club I love!! Clean sheet and a win to top it off!!! 🔜🔛🔝 pic.twitter.com/BzfrZEAEHt
— Dean Henderson (@deanhenderson) September 22, 2020
Sehingga kini Henderson sudah duduk di bangku pemain simpanan England dalam enam perlawanan.
Pada musim lalu pemain berusia 22 tahun ini telah mencatatkan ratio kejayaan saves sebanyak 75% di dalam saty perlawanan.
Beliau melakukan 2.54 saves per match. Maka tidak hairanlah Frank Lampard sangat beriya mahukan Dean Henderson sebelum ini.
Henderson adalah aset berharga Man United. Buat masa ini, agak sukar untuk melihat beliau kembali ke United dengan adanya David De Gea.
Aksi Henderson yang baru menyambung kontrak bersama Man United baru-baru ini pasti kini membuatkan Solksjaer di dalam situasi serba salah untuk membuat keputusan.