Lihat Aksi Menyelamat Penjaga Gol Huesca Lanjutkan Kemarau Free Kick Messi

Lionel Messi sangat hampir menjaringkan gol dari sepakan percuma cantik ketika Barcelona berkunjung ke El Alcorz untuk saingan La Liga pada malam tadi.

Bintang dari Argentina itu melepaskan ledaka dari jarak 25 meter ke penjuru kanan penjaga gol pada minit ke-41, untuk memaksa Alvaro Fernandez beraksi sehabis baik yang mungkin untuk menghalang bola menerjah masuk ke gawang.

Kapten Barcelona itu cuba untuk melakukan sesuatu dari sepakan percuma sekali lagi beberapa minit selepas itu, namun kali ini percubaan beliau tidak menepati sasaran.

Mungkin ramai yang tidak menyedarinya, namun kemampuan Messi menyempurnakan sepakan percuma untuk Barcelona kini semakin merosot.

Mungkin ramai tidak menyedari perkara ini kerana sering dibayangi oleh jaringan-jaringan Messi yang lain, namun jaringan melalui gerakan set-piece sebegini sebelum ini turut menyumbang kepada jumlah jaringan beliau sebelum ini.

Pada 2019 misalnya, Messi menjaringkan gol ke-50 melalui sepakan percuma sepanjang kariernya. Di dalam tempoh semusim, Messi paling kurang akan menyempurnakan empat sepakan semusim – purata yang turut mengatasi jaringan sepakan percuma beberapa kelab utama eropah.

Namun sepanjang tahun 2020 ini, Messi gagal menyempurnakan 62 sepakan percuma, tidak termasuk dua sepakan yang diperolehi dalam perlawanan menentang Huesca pada malam tadi.

Antara yang mengagalkan Messi untuk menjaringkan gol dari sepakan percuma ialah kerana kecekapan dan ketangkasan penjaga gol lawan, selain formula tiga benteng pasukan lawan yang sering dipraktikkan kelab-kelab kerdil.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.