Persembahan individu Thiago Alcantara ketika aksi Sepanyol menentang Jerman dalam pertandingan Nations League membuktikan bahawa beliau merupakan salah seorang pemain midfield terbaik dunia.
Pemain yang menjadi sasaran Liverpool, Thiago Alcantara turun beraksi untuk pasukan Sepanyol menentang Jerman dalam saingan Nations League semalam.
Beliau berjaya membantu pasukan kebangsaannya untuk mengikat Jerman dengan keputusan seri 1-1.
Thiago made more passes than any other player against Germany
🔘 122 Touches
👟 104 Passes
🎯 93% Pass Accuracy🔘 3 Take-Ons
🔘 1 Chance Created pic.twitter.com/gb9b0qejUl— EPL Statman (@EPLStatman) September 3, 2020
Jose Luis Gaya menjaringkan gol di minit-minit akhir perlawanan untuk memadam jaringan pendahuluan Jerman yang dijaringkan oleh Timo Werner pada minit ke-51 perlawanan.
Namun, walau tidak mencatatkan nama sebagai penjaring, Thiago Alcantara merupakan antara pemain paling mencuri tumpuan dalam perlawanan tersebut.
Beliau mempamerkan kehebatan hantaran pendek dan hantaran jauh yang sungguh mengagumkan.
Selain dari mempamer aksi mantap dibahagian serangan, Thiago Alcantara turut mempamerkan kecemerlangan dalam membantu barisan pertahanan.
Thiago Alcántara Vs Germanypic.twitter.com/b3VtDoPt4q
— BNS Comps (@BnsComps) September 3, 2020
Tidak hairan mengapa nama Thiago Alcantara menjadi tular di laman sosial dengan kebanyakkan peminat memuji aksi hebatnya semalam.
“Apa jenis kaki yang dia pakai? Macam mana dia boleh buat hantaran yang sungguh luar biasa begitu? Pemain yang sungguh bijak, berbaloi untuk disaksikan.”
“Thiago pemain midfield terbaik yang sebenarnya, dia boleh bertahan dan melereng bola dengan sungguh cemerlang.”
“Iniesta dan Xavi = Thiago”
Begitulah antara komen-komen yang dilontarkan oleh peminat memuji aksi memukau yang dipamerkan oleh pemenang liga Juara-juara bersama Bayern Munich itu.
Thiago Alcantara masih hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool yang mana terdapat laporan mengatakan Bayern Munich sudah meletakkan harga £27 juta untuk melepaskannya.
Bossed the midfield against Germany like no one was there.
His name? Thiago Alcántara. pic.twitter.com/382dk1KymI
— Kene 🌍 (@Its_Kene) September 3, 2020
Pemain berusia 29 tahun itu turut memberi penjelasan tentang masa depannya selepas ini selepas tamat perlawanan antara Jerman menentang Sepanyol itu.
“Saya cuma memikirkan tentang perlawanan menentang Ukraine. Selain dari itu, kita akan saksikan sendiri nanti.”
“Bayern merupakan rumah saya dan saya gembira berada di sana.”
Jelas Thiago Alcantara.
Thiago completed 97 passes in today's game against Germany (93.3% accuracy), more than any other player. He also touched the ball the most – 122 times.
World class. Need to wrap it up #LFC.
— Anfield Effect (@AnfieldEffect) September 3, 2020
Sementara itu, Liverpool pula yang baru saja mengakhiri kemarau 30 tahun gelaran liga mereka cuma baru menandatangani seorang pemain sahaja pada jendela perpindahan musim panas ini.
Kostas Tsimikas merupakan satu-satunya pemain yang ditandatangani oleh sang penakluk dunia pada jendela perpindahan kali ini.
Para peminat masih menanti keputusan sama ada the reds mampu untuk menamatkan rundingan bagi mendapatkan Thiago Alcantara atau tidak.