Lihat Aksi Kroos Melakukan Hantaran Super Cantik Kepada Vinicius Junior

Vinicius Junior membuka tirai jaringan untuk Real Madrid ketika bertemu Liverpool namun pujian sepenuhnya harus diberikan pada Toni Kroos yang mencipta assists yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Pemain kebangsaan Jerman itu telah melakukan hantaran dari jarak 50 ela tepat menemui Vinicius Junior yang cemerlang menyempurnakan hantaran cantik itu dengan menghasilkan gol.

Vinicius bijak mengawal bola hantaran dari Kroos sebelum melepaskan rembatan padu menewaskan Alisson Becker untuk meletakkan Madrid satu gol di hadapan.

Hantaran cantik dan tepat dari Kroos kepada Vinicius itu berjaya menarik tumpuan para peminat dengan kebanyakkan mereka memuji kualiti hantaran dari bintang Jerman itu.

“Penyudah yang sempurna, tapi hantaran dari Toni Kroos itu harus dipuji kerana ia sungguh menakjubkan.”

“Sungguh luar biasa dari Kroos, hantaran jarak jauh yang sungguh berkualiti dan tepat menemui rakan sepasukannya.”

“Tak ramai yang sedar vision yang ada pada Kroos, dia mempunyai kualiti tersendiri dan hantaran ini buktinya.”

“Bola hantaran dari Kroos mengarut, macam mana dia boleh hasilkan hantaran yang begitu cantik dan indah?”

Tidak boleh dinafikan sememangnya hantaran dari Kroos itu sangat cantik dan mengagumkan, bahkan ia boleh dianggap sebagai antara calon untuk assists of the season.

Vinicius Junior berjaya menjaringkan dua gol dalam aksi kemenangan 3-1 Real Madrid menewaskan Liverpool ini dengan satu lagi gol The Los Blancos dijaringkan oleh Marco Asensio.

Liverpool bakal melayan kunjungan Madrid ke bumi Anfield dalam aksi leg kedua nanti dengan berbekalkan satu gol tempat lawan hasil jaringan Mo Salah.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu harus menang setidaknya 2-0 untuk mara ke peringkat separuh akhir saingan liga Juara-juara musim ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.