Lihat Aksi Hebat Yang Dipamerkan Oleh Bintang Muda Liverpool Ini Ketika Menewaskan Stuttgart Semalam

Liverpool berjaya memenangi perlawanan pre season pertama mereka menentang Stuttgart malam kemarin dengan keputusan 3-0.

Namun perkara menarik untuk diperkatakan tentang perlawanan tersebut adalah tentang aksi hebat yang dipamerkan oleh bintang berusia 17 tahun mereka Billy Koumetio.

Koumetio masuk beraksi pada 20 minit terakhir perlawanan dan mempamerkan aksi sungguh mengagumkan.

Beliau bermain di posisi centre-back dan menggalas tugas diberikan oleh pengurus kepadanya dengan cukup baik.

Selain memiliki teknik serta kebolehan tersendiri mengawal barisan pertahanan pasukan, beliau juga mempunyai tubuh badan yang besar dan ketinggian yang luar biasa.

Koumetio mempunyai ketinggian enam kaki tiga inci dan banyak bermain di sisi kiri bahagian pertahanan dan aksinya membuatkan ramai peminat berasa kagum.

Berikut merupakan sekitar aksi hebat yang beliau pamerkan dalam perlawanan pre-season menentang Stuttgart semalam.

Para peminat di media sosial memberikan pujian serta kata-kata semangat kepadanya supaya terus mengekalkan aksi hebatnya itu.

Ramai juga yang beranggapan bahawa Koumetio boleh menjadi gandingan yang sempurna dengan Virgil Van Dijk untuk posisi pertahanan Liverpool.

Koumetio sertai Juara Premier League itu pada tahun 2018 selepas beliau menunjukkan kecemerlangannya bersama skuad akademi.

Jurgen Klopp turut sering memerhatikan bakat-bakat hebat yang ada bersamanya dan beliau pernah mengatakan bahawa Koumetio kelihatan lebih dewasa dari usianya.

“Billy seorang budak! Tetapi dia langsung tak nampak macam budak.”

Gurau Klopp tentang Koumetio kepada Mirror.

“Pada pandangan saya, wajah beliau mungkin kelihatan seperti kanak-kanak tetapi yang lain-lain sungguh mengagumkan. Wow!”

“Ya, dia sememangnya seorang bakat besar yang mengagumkan.”

Koumetio mula bersinar dengan begitu pantas dan beliau sebenarnya hanyalah seorang pengutip bola sahaja ketika kemenangan 4-0 Liverpool menewaskan Barcelona dalam saingan Liga Juara-juara yang lalu.

Musim ini beliau dilihat sudah mula beraksi bersama skuad bawah 23 Liverpool dan beliau mungkin akan melakukan debut di pentas premier league tidak lama lagi.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.