Lihat Aksi Dungu Maguire Yang Mengundang Kecaman

Nama Harry Maguire menjadi topik perbincangan hangat ketika ini terutama dari kalangan peminat Manchester United.

Para peminat setan merah jelas kecewa dengan prestasi Maguire ketika ini selepas ketua pasukan United itu kerap kali melakukan kesalahan dungu.

Harry Maguire mempamerkan aksi hambar dalam perlawanan menentang Spurs semalam dan beliau dianggap punca kepada tiga daripada empat gol Tottenham pada babak pertama perlawanan.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer membuka tirai jaringan seawal minit ke-2 perlawanan hasil dari sepakan penalti yang disempurnakan oleh Bruno Fernandes.

Man Utd dihadiahkan sepakan penalti selepas Anthony Martial dijatuhkan dalam kotak penalti Spurs.

Namun kegembiraan United mendahului perlawanan tidak kekal lama, Tottenham Hotspur berjaya mengikat kedudukan dua minit selepas itu menerusi Tanguy Ndombele.

Jaringan tersebut jelas sekali berpunca dari tindakan dungu Maguire yang terlalu kelam kabut di hadapan gol United.

Maguire dilihat terlalu kasual dengan cuba menanduk bola kepada De Gea dalam situasi Lamela sedang menekan mereka di situ.

Tandukan lemahnya tidak sampai ke De Gea, Shaw kemudiannya cuba untuk mengeluarkan bola tersebut namun dihalang oleh Maguire yang menariknya dari belakang.

Oleh kerana tindakan dungunya itu, Maguire jelas membuka ruang untuk Ndombele menyambar bola terhidang di hadapan gol United itu untuk gol penyamaan Spurs.

Para peminat jelas kecewa dengan tindakan dungu ketua pasukan mereka itu.

Tidak lama selepas melakukan kesilapan dungu itu, Maguire kemudian memberikan sepakan percuma kepada Spurs dan sepakan percuma tersebut mencetuskan jaringan untuk Son Heung Min.

Maguire yang berada paling hampir dengan bola jelas tidak menghalang atau mengarahkan mana-mana pemain United untuk menghalang Spurs daripada melakukan sepakan pantas dalam keadaan mereka kurang pemain di posisi pertahanan.

Pada minit ke-28, setan merah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Anthony Martial dibuang padang kerana melempang Lamela.

Selain Maguire, Eric Bailly turut melakukan kesilapan dungu dalam perlawanan ini. Beliau membuat hantaran lemah yang berjaya dirampas oleh pemain Spurs dan disudahkan dengan jaringan oleh Harry Kane.

Maguire meneruskan rentak hambarnya dalam perlawanan ini dengan dinutmeg oleh Aurier di kawasan byline.

Barisan pertahanan United jelas terlalu ampuh dalam perlawanan ini dan sememangnya setan merah mempunyai masalah besar di posisi tersebut.

Manchester United kini dalam usaha untuk memperkuat barisan pertahanan mereka dengan cuba untuk menandatangani Alex Telles.

Harapan para peminat agar dengan kemasukan pemain baru, akan ada perubahan positif di bahagian pertahanan United yang jelas bermasalah.

Para peminat turut menggesa Ed Woodward untuk mendapatkan seorang pemain centre-back yang baru bagi memperbaiki kerapuhan barisan pertahanan mereka.

Patrice Evra yang sebelum ini lantang bersuara menyalahkan pimpinan setan merah turut memberi pandangan peribadi beliau tentang Maguire.

“Gary Neville selalu bercakap tentang gandingan terbaiknya, dan Maguire sendiri sebenarnya memang memerlukan gandingan terbaik.”

“Tetapi macam mana kalau sekarang kita bercakap tentang mengeluarkan dia dari skuad pula?”

“Maguire menjadi ketua pasukan. Berapa tahun dia sudah bermain di United? Baru setahun bukan?”

“Itu jelas menunjukkan kelab ini tiada seorang pemimpin untuk memenangi Piala.”

Namun Maguire turut memberikan kenyataan balas terhadap kritikan yang telah dilemparkan kepadanya dengan menyatakan:

“Saya rasa ramai yang sudah lupa berapa banyak cleen sheet telah kami capai musim lalu, kami antara yang terbaik di benua Eropah.”

Man Utd tewas 1-6 di halaman sendiri dan ianya merupakan keputusan yang sangat tidak patut untuk berlaku kepada kelab gergasi seperti setan merah.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.