Lihat Aksi Dungu Dan Hambar Trent Alexander Arnold Ketika Bertemu Southampton

Trent Alexander Arnold telah mencatatkan statistik terburuk sepanjang kariernya ketika aksi kekalahan 1-0 Liverpool kepada Southampton awal pagi tadi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp terlepas gol seawal minit ke-2 permainan, selepas bekas pemain Liverpool, Danny Ings berjaya merobek gawang gol mereka.

Jentera serangan Liverpool gagal untuk mencipta sebarang jaringan dalam perlawanan ini dengan barisan pertahanan the Saint berfungsi dengan cukup mantap.

Jentera serangan the reds gabungan Salah, Mane dan Firmino yang dianggap antara trio handalan dunia juga gagal untuk menerobosi barisan pertahanan Southampton.

Pemain pertahanan muda Liverpool, Trent Alexander Arnold dikecam teruk oleh peminat selepas beliau mencatatkan statistik terburuk sepanjang kariernya dalam perlawanan ini.

Beliau mempamerkan aksi tidak menentu dan boleh dikatakan Trent tidak berfungsi dengan cara yang sepatutnya diminta dalam perlawanan ini.

Trent Alexander Arnold terlepas bola sebanyak 38 kali dalam perlawanan ini yang mana catatan tersebut merupakan yang tertinggi dari kalangan semua pemain dalam saingan premier league musim ini.

Apa yang lebih teruk lagi, beliau sering kali digelecek dan catatan pemain yang berjaya melepasinya dalam perlawanan ini melebihi catatan yang dicatatkan oleh Wan Bissaka dari lapan perlawanan.

Pemain full-back terhebat dunia itu juga menjadi satu-satunya pemain dalam padang yang sama sekali tidak memenangi perebutan bola di udara pada aksi babak pertama perlawanan ini.

Dek kerana persembahan buruk yang beliau pamerkan, Jurgen Klopp terpaksa mengeluarkan Trent Alexander Arnold pada minit ke-77 perlawanan.

Beliau juga antara punca bolosnya gol pertama Liverpool seterusnya gol kemenangan untuk Southampton dalam perlawanan ini.

Selain itu, Trent dalam perlawanan ini sama sekali gagal untuk mencipta sebarang hadangan, pintasan, clearance dan takle.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.