Lihat Aksi Dungu Achraf Hakimi Yang Memberi Gol Percuma Kepada Bekas Kelabnya

Achraf Hakimi telah melakukan kesilapan dungu yang menyebabkan gawang gol Inter dibolosi pada minit ke-25 permainan, dalam perlawanan bertemu bekas kelabnya, Real Madrid awal pagi tadi.

Real Madrid melayan kunjungan Inter Milan untuk perlawanan ketiga peringkat kumpulan B, saingan liga Juara-juara musim ini.

Skuad kendalian Zinedine Zidane itu cemerlang menewaskan Inter Milan dengan keputusan 3-2 dan kemenangan tersebut merupakan kemenangan pertama mereka dalam saingan liga Juara-juara musim ini.

Real hampir dikejutkan dengan kekalahan kepada Borussia Monchengladbach, namun mereka berjaya untuk menamatkan perlawanan tersebut dengan keputusan seri 2-2, sebelum tewas 3-2 kepada Shakhtar Donetsk dalam perlawanan sebelumnya.

Inter Milan juga masih belum mencatatkan sebarang kemenangan dalam saingan liga Juara-juara musim ini dengan mereka telah tewas satu dan seri dua dari tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Ketika dalam aksi pertemuan Inter Milan bertemu Real Madrid, Achraf Hakimi telah melakukan satu kesilapan dungu yang telah mengakibatkan gawang gol mereka dibolosi.

Pada minit ke-24 permainan, Achraf Hakimi telah melorongkan bola dengan gaya yang begitu tenang kepada Karim Benzema untuk jaringan pembukaan Real Madrid.

Beliau yang ketika itu sedang mengawal bola di sudut sebelah kiri tengah padang sedang diasak oleh Ferland Mendy, dan kerana tidak mampu berbuat apa-apa, Achraf telah menolak bola kebelakang menuju ke barisan pertahanan Inter.

Namum bola hantarannya sama sekali tidak menemui rakan sepasukan beliau, sebaliknya bola itu tepat menemui kaki Benzema yang kemudiannya memanfaatkan kesempatan tersebut untuk menjaringkan gol.

Pada minit ke-33 permainan pula, giliran Sergio Ramos berjaya untuk menggandakan jaringan selepas cemerlang menanduk masuk bola sepakan penjuru dari Toni Kross.

Gol jaringan Sergio Ramos itu merupakan gol ke-100 peribadinya untuk Real Madrid sepanjang kariernya bersama the Los Blancos itu.

Dua minit selepas itu, Lautaro Martinez menghidupkan kembali peluang untuk Inter Milan selepas cemerlang menjaringkan gol pertama mereka hasil umpanan cantik dari Nicolo Barella.

Masuk babak kedua permainan, Inter Milan berjaya untuk mengikat kedudukan kepada 2-2 menerusi jaringan dari Ivan Perisic hasil hantaran Lautaro Martinez.

10 minit sebelum tamat waktu sebenar perlawanan, Rodrygo yang menerima umpanan dari Vinicius Junior cemerlang menjaringkan gol kemenangan untuk Real Madrid menewaskan Inter Milan 3-2.

Kemenangan pertama Real Madrid itu meletakkan mereka di kedudukan ketiga dalam kumpulan B dibelakang Shakhtar Donetsk dan Borussia Monchengladbach.

Agak mengejutkan untuk melihat dua pasukan pilihan dari kumpulan B itu hanya sekadar berada di kedudukan dua terbawah selepas tiga perlawanan berlangsung.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.