Lihat Aksi ‘Dive’ Menyedihkan Dari Anthony Martial

Manchester United telah ditendang keluar dari saingan Carabao Cup selepas ditewaskan oleh pasukan sebandar mereka, Manchester City awal pagi tadi.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu tewas 0-2 kepada Manchester City di halaman mereka sendiri dalam perlawanan peringkat separuh akhir.

Kedua-dua pasukan mempamerkan persembahan super mantap pada aksi babak pertama permainan, dengan menyajikan aksi serang menyerang yang begitu menghiburkan.

Namun sayangnya, kedua-dua pasukan gagal untuk mencipta sebarang jaringan dan masuk ke bilii persalinan dengan keputusan terikat tanpa jaringan.

Skuad kendalian Pep Guardiola berjaya membuka tirai jaringan hanya selepas lima minit aksi babak kedua, hasil jaringan dari Jones Stones.

Fernandinho kemudiannya berjaya menjaringkan gol yang cukup cantik pada minit ke-83 permainan untuk mengesahkan kemenangan 2-0 mereka menewaskan United.

Ia merupakan hari yang tidak begitu baik untuk United yang beberapa kali mencipta peluang namun gagal untuk menghasilkan sebarang jaringan dan terpaksa akur dengan kekalahan kepada seteru sebandar mereka itu.

Anthony Martial merupakan salah seorang pemain United yang melalui detik kesukaran dalam perlawanan ini.

Beliau menggunakan teknik keji yang menyedihkan dalam perlawanan ini untuk mendapatkan gol penyamaan ketika pasukannya ketinggalan 1-0.

Pemain kebangsaan Perancis itu masuk ke dalam kotak penalti, dan ketika beliau sedang berlari bersama bola, Martial merebahkan badannya untuk mendapatkan simpati dari pengadil perlawanan.

Ia merupakan satu usaha yang cukup menyedihkan dari Martial untuk memenangi sepakan penalti.

Lihat sendiri rakaman aksi beliau merebahkan badan itu, dan ia sememangnya menyedihkan.

Apa yang membuatkan para peminat dan pemain City sendiri tidak berpuas hati adalah, aksinya itu sama sekali tidak dihukum dengan layangan kad kuning.

Untuk membanteras gejala ‘dive’ ini secara menyeluruh, pemain harus dihukum dengan layangan kad supaya mereka tidak mengulangi kesalahan sama sekali lagi.

Martial yang dinilai dengan nilai £49.5 juta oleh Transfermarkt itu seharusnya menerima layangan kad amaran untuk tindakan beliau itu.

Malangnya lagi, ini bukan kali pertama seseorang pemain itu cuba untuk mempengaruhi pengadil dan pastinya juga ia tidak akan menjadi yang terakhir.

Budaya ini sememangnya ada dalam dunia bola sepak dan ia bergantung kepada cara pemain itu untuk pengaruhi pengadil, dan jelas sekali Martial menggunakan teknik yang jelas tidak menjadi.

Manchester City akan berdepan dengan Tottenham Hotspur dalam perlawanan akhir Carabao Cup di Wembley pada 25 April nanti.

Perlawanan seterusnya untuk Manchester United adalah pada hujung minggu ini bertemu Watford dalam saingan Piala FA.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.