Lihat Aksi Coutinho Nutmeg Pengadil Dengan Penuh Bersahaja

Kebiasaannya para pemain akan menutmeg pihak lawan mereka, namun tidak untuk Philippe Coutinho yang lebih memilih untuk menjadikan pengadil perlawanan sebagai mangsanya.

Philippe Coutinho telah menutmeg pengadil dalam perlawanan Barcelona menentang Villarreal malam semalam.

Pemain kebangsaan Brazil itu akhirnya kembali beraksi bersama Barcelona selepas dipinjamkan ke Bayern Munich musim lalu.

Coutinho berjaya memenangi gelaran treble musim lalu bersama Bayern Munich dan beliau telah dipanggil kembali ke Barcelona pada musim baru ini.

Beliau telah disenaraikan dalam kesebelasan utama Barcelona ketika kemenangan 4-0 menewaskan Villarreal malam semalam.

Coutinho berjaya mencatatkan satu assists dari dua gol yang berjaya dijaringkan oleh Ansu Fati dalam perlawanan tersebut.

Coutinho mempamerkan aksi yang sungguh hebat dalam perlawanan itu dan beliau membuktikan bahawa dirinya masih pemain penting yang diperlukan oleh Barca.

Selain mencatatkan assists, Coutinho mencuri tumpuan ramai selepas beliau menutmeg pengadil dalam perlawanan tersebut.

Pengadil perlawanan ketika itu berada di hadapan pemain berusia 28 tahun itu yang sedang menggelecek pemain lawan.

Coutinho kemudian menutmeg pengadil perlawanan sebelum menghantar bola tersebut kepada rakan sepasukannya.

Kebiasaannya jika berlaku kejadian nutmeg seperti ini ianya pasti akan tular di media sosial, sama seperti yang terjadi kepada nutmeg yang dilakukan oleh Coutinho kepada pengadil perlawanan ini.

Ianya antara aksi terlucu yang pernah disaksikan di mana seorang pemain menutmeg pengadil perlawanan.

Walaupun Coutinho turut menjaringkan gol ketika Bayern membelasah Barcelona 8-2 dalam saingan liga Juara-juara yang lalu, beliau masih lagi dihargai oleh kelab asalnya itu.

Coutinho kembali ke Nou Camp dan diberikan jersi bernombor 14 untuknya yang mana pemilik nombor itu sebelum ini adalah legenda kelab Johan Cruyff.

Beliau juga mendapatkan nombor yang sama ketika mula-mula menyertai Barcelona dengan nilai perpindahan mega dari Liverpool pada tahun 2018.

Namun selepas pemergian Arda Turan, Philippe Coutinho telah menukar jersi nombor 14 itu kepada jersi bernombor tujuh.

Coutinho sebelum ini tidak menjadi pilihan dan sering diketepikan oleh pengurus Quique Setien lalu dipinjamkan kepasukan lain.

Kini sepertinya beliau bakal mendapat tempat semula dalam kesebelasan utama Barca dibawah kendalian Koeman.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.