Lihat Aksi Brock Lesnar Yang Sasa Cuba Bermain Bola Sepak

Rata-rata kita semua akan bersetuju dengan kenyataan Brock Lesnar adalah spesimen manusia ldan salah seorang atlet atlet luar biasa dunia pernah saksikan – terutama di dalam arena seni mempertahankan diri.

Dua kali juara NJCAA All-American, Lesnar turut mempunyai rekod luar biasa dalam arena gusti dengan 106 kemenangan dan hanya luma kekalahan.

Lesnar juga melalui karier yang cemerlang di WWE dan UFC apabila muncul juara dalam di kedua-dua pertandingan tersebut.

Mungkin ramai yang masih ingat beliau pernah mengikuti ujian pemilihan untuk sukan NFL bersama Minnesota Vikings, dan walaupun beliau tidak pernah menandatangani sebarang kontrak NFL, ia sedikit sebanyak membuktikan kecenderungan Lesnar di dalam bidang sukan.

Namun bola sepak adalah perkara berbeza buat Lesnar. Beberapa tahun lalu Lesnar pernah dirakam cuba bermain bola sepak secara suka-suka bersama Randy Orton dan Cesaro di Arab Saudi menjelang ‘Greatest Royal Rumble’ pada 2018.

Dalam video yang mulai tular di media sosial itu, Lesnar jelas sekali gagal mengawal bola, dan sentuhan pertamanya juga ke laut.

Pada ketinggian 6 kaki dan 2 inci, dan mempunyai berat badan 280lbs, nyata bola sepak bukan sukan yang sesuai untuk atlet seperti Lesnar.

Video tersebut menjadi tular selepas beberapa hari yang lalu aksi Khabib Nurmagomedov bermain bola sepak turut menjadi perhatian peminat di media sosial.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.