Penjaga gol Chelsea sekali lagi mencuri tumpuan. Seperti kebiasaan ia bukan kerana aksi mantapnya di atas padang. Tetapi disebabkan kesilapan mudah yang memberikan kelebihab kepada pihak lawan.
Dalam perlawanan menentang Liverpool pada tengah malam tadi, penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu secara teknikal telah melakukan assist untuk gol kedua Sadio Mane dan Liverpool.
Masalah Chelsea di bahagaian pertahanan amat jelas sekali. Tidak membawa masuk centre back yang baharu dan masih ternanti-nanti Eddouard Mendy dari Rennes, perlawanan menentang Liverpool ini sekadar menyerlahkan kelemahan yang ada.
Setelah Andreas Christensen diarahkan keluar padang selepas menghalang Sadio Mane melakukan larian ke arah gol, Chelsea seperti ternanti-nanti saatnya dimusnahkan oleh Liverpool.
Kepa Arrizabalaga is arguably the worst goalkeeper in the Premier League, possibly ever. That was absolutely pathetic. He's shocking. And he’s the most expensive goalkeeper of all time… pic.twitter.com/cMBK7kIVw2
— FootballFunnys (@FootballFunnnys) September 20, 2020
Selepas gol pertama hasil tandukan Mane pada minit ke-50, kesilapan Arrizabalaga melakukan hantaran bersahaja di hadapan gawang sendiri pantas dipintas oleh penyerang dari Senegale itu.
Ia sepatutnya rutin hantaran yang mudah dari bahagian belakang untuk Chelsea. Namun hantaran Arrizabalaga itu juga tidak sepatutnya berlaku sehingga membenarkan Mane dengan mudah menolak bola ke dalam gawang yang kosong kerana kelalaian penjaga gol itu.
Errors leading to goals in the 2020-21 Premier League:
◎ Kepa Arrizabalaga: 2
◎ All other players in the league combined: 1— Squawka Football (@Squawka) September 20, 2020
Kepada Arrizabalaga sering dikritik sepanjang musim panas lalu disebabkan prestasi buruk sepanjang musim 2019/20.
Walaupun demikian Frank Lampard tetap mahu mempercayai penjaga gol itu dan mahukan Mendy memberikan saingan kepada Kepa Arrizabalaga.
Januari lalu Kepa Arrizabalaga turut dikritik dengan teruk oleh penyokong Chelsea sendiri.
Kepa Arrizabalaga has conceded 11 goals from the last 16 shots on target he has faced. But on the plus side, he does have an assist for Liverpool.
— Richard Jolly (@RichJolly) September 20, 2020
Ramai penyokong Chelsea melepaskan kemarahan di media sosial selepas Chelsea tewas 1-0 kepada Newcastle United pada 19 Januari lalu.
Begitu juga dalam perlawanan menentang Arsenal pada minggu berikutnya sehingga menyebabkan Lampard merehat bekas penjaga gol Atletico Bilbao itu dan digantikan dengan Wilfredo Caballero sehingga ke penghujung musim.
Tindakan Lampard itu menimbulkan keadaan tegang diantara Lampard dan Pengarah kelab, Marina Granovskaia.
Marina berpendapat tindakan tersebut hanya akan menjejaskan nilai pasaran penjaga gol tersebut, sekiranya Chelsea perlu menjual pemain itu di kemudian hari.
Statistik pada musim lalu turut membuktikan prestasi Kepa Arrizabalaga merudum dengan teruk, dengan jumlah kesilapan yang membenarkan lawan menjaringkan gol amat merisaukan.