Manchester City memberikan Guard Of Honour kepada Juara premier league musim 2019/20, Liverpool ketika kemenangan besar 4-0 mereka keatas the reds kemarin.
Ketika mereka memberikan Guard Of Honour, para peminat tertarik dengan tingkah laku Bernado Silva yang seolah-olah tidak berminat sama sekali untuk melakukannya.
Pemain midfield Portugal itu masuk beraksi pada babak kedua perlawanan menggantikan Raheem Sterling. Beliau kelihatan tidak menghormati Juara premier league dan sama sekali tidak peduli dengan penghormatan yang diberikan oleh pemain lain kepada Liverpool sebelum sepak mula perlawanan.
Seperti apa dilakukan oleh Phil Foden dan Nicolas Otamendi yang memberi penghormatan kepada Juara disebelahnya, Silva cuma berdiri kaku di tengah sambil meminum minuman beliau dan dengan segera meninggalkan tempat tersebut.
Berikut merupakan rakaman ketika berlakunya peristiwa tersebut di Etihad kemarin.
Bernardo Silva is a Manchester City Ultra pic.twitter.com/b44GghbtfF
— ℝ𝕪𝕒𝕟 🌃 (@SuperbiaCity) July 2, 2020
Tindakan Silva ketika itu di sedari oleh para peminat dan ramai antara mereka menyuarakan pendapat masing-masing di laman sosial tentang kejadian tersebut.
Bernardo Silva is that dad who doesn't like you and barely acknowledges your presence when you come over to visit his daughter pic.twitter.com/ulnzHd2eCd
— Alexis Monteith 🇯🇲🇮🇹 (@AlexisMonteith) July 3, 2020
Bernardo Silva is me at every family function that my Mum forced me to attend pic.twitter.com/neHrwTB2VI
— Shruti Sadbhav (@ShrutiSadbhav) July 3, 2020
Pep: "Make sure you give them a guard of honour".
Bernardo Silva:
😭😂😂 #MCFC pic.twitter.com/Xrgbyg99o4
— ManCityzens (@ManCityzenscom) July 2, 2020
Minggu lalu, City tewas kepada Chelsea lalu secara langsung memberikan Kejuaraan saingan liga musim ini kepada Liverpool.
Selepas itu City melayan kunjungan Liverpool ke Etihad dan kali ini skuad kendalian Jurgen Klopp lebih tenang kerana kejuaraan liga sudah menjadi milik mereka.
Corak permainan yang ditunjukkan oleh City juga berbeza dari apa yang mereka persembahkan ketika turun bertemu Chelsea minggu lalu.
Manchester City 4-0 Liverpool at Etihad Stadium #MCILIV pic.twitter.com/m3jmqbNUJW
— Premier_League_Poland (@PolandPremier) July 2, 2020
Gol jaringan Kevin De Bruyne, Raheem Sterling, Phil Foden dan satu gol jaringan sendiri dari Alex Oxlade Chamberlain memastikan kemenangan besar 4-0 City keatas Juara musim ini, Liverpool.
Kekalahan tersebut merupakan kekalahan kedua Liverpool dalam saingan liga musim ini, sebelum City, Watford merupakan pasukan pertama yang berjaya menewaskan the reds.
Selepas tamat perlawanan, pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp telah di temu ramah oleh wartawan Sky Sports, Shreeves dan beliau kelihatan sangat kecewa dengan kekalahan tersebut.