Siapa pun kita, aktiviti bersukan pasti menjadi salah satu aktiviti yang menjadi pilihan oleh kebanyakkan kita.
Baik melakukan aktiviti seperti mendaki bukit atau berbasikal, mahu pun bermain bola sepak atau badminton, pengisian aktiviti bersukan adalah bergantung kepada minat masing-masing.
Tidak terkecuali daripada meminati aktiviti bersukan adalah Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan.
Ahmad Maslan penyokong Arsenal yeaahh!! #GGMU @semuanyabola pic.twitter.com/sNWoc4e8qp
— Rafsanjani Radzuan (@raffradzuan) April 30, 2016
Kita semua tahu Ahmad Maslan meminati bola sepak. Dan kita semua tahu bahawa Ahmad Maslan merupakan penyokong setia Arsenal berdasarkan gambar-gambar yang sering dimuatnaik oleh beliau.
Antaranya yang ikonik adalah jersi Arsenal dengan No.50. Tetapi tahukah anda kisah di sebalik gambar ikonik memandang cermin yang sering dikongsikan oleh netizen untuk menyatakan Ahmad adalah penyokong Arsenal?
Ahmad Maslan -Juara badminton sedunia (kategori pelawak. ) @dapperak @n_izzah @dyanasmd @chongzhemin @rafiziramli pic.twitter.com/Potrn42Q8y
— DAP Taiping (@DapTaiping) February 28, 2016
Sebenarnya jersi dengan nombor 50 dan tertera nama beliau adalah pemberian dari ahli keluarganya untuk hari jadi ke-50.
Seperti mana penyokong Arsenal di seluruh dunia pada hari ini, kami juga berharap YB Ahmad Maslan tabah dengan prestasi serba tidak menentu The Gunners pada hari ini.
Atau mungkinkah kini sukan badminton lebih menarik bagi Ahmad Maslan berbanding dengan aksi longlai Arsenal di saingan Premier League?
https://www.facebook.com/PageOtai/photos/a.264892790353928/588646367978567/?__tn__=%2CO*F
Jika beberapa tahun yang lalu Ahmad Maslan pernah mengejutkan ramai kerana bermain badminton dengan menggunakan kain pelikat, kini beliau kembali lagi dengan raketnya.
Melalui satu klip video yang disiarkan di Twitter, Ahmad Maslan telah menampilkan permainan badminton dipercayai di Pontian.
Walaupun tidak memakai pakaian yang sesuai kerana tidak menjangkakan perlu beraksi/dijemput beraksi, Ahmad Maslan masih beraksi dengan cemerlang dengan melakukan beberapa pukulan yang mampu mengelirukan lawan.
Beliau berjaya menguasai gelanggang dengan gerakan ke hadapan dan ke belakang yang pantas.
Perlu buang 5 kilo lagi berat badan.
Baru fit & boleh lawan org muda.Cuba main #badminton di Dewan Pt Masjid #Pontian. Tapi seluar & kasut tak sesuai. Alasan… pic.twitter.com/ueQmSP6UUI
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) December 26, 2020
“Perlu buang 5 kilo lagi berat badan. Baru fit & boleh lawan org muda,” kata beliau melalui satu ciapan pada hari ini.
Ciapan tersebut turut diikuti dengan kata-kata: “Cuba main #badminton di Dewan Pt Masjid #Pontian. Tapi seluar & kasut tak sesuai. Alasan…”
Satu perkara yang pasti Ahmad Maslan nyata mempunyai skill di dalam badminton. Cuma kami tidak pasti di penghujung babak video itu.
Adakah ia satu drop-shot mengelirukan persis yang sering dilakukan oleh Lin Dan, atau skill permainan di jaring yang sering dipamerkan oleh Lee Chong Wei?