Neymar cemerlang menjaringkan dua gol untuk membantu Paris Saint-Germain (PSG) membelasah Angers 6-1 di pertandingan Ligue 1 pada awal pagi tadi.
Tiga mata berharga yang dikutip oleh anak buah Thomas Tuchel ke kedudukan ketiga, dan dibezakan hanya dengan satu mata berbanding pendahulu Rennes.
Neymar menjaringkan satu gol pada setiap babak perlawanan untuk juara bertahan itu setelah Alessandro Florenzi memberikan mereka pendahuluan seawal minit ke-7 perlawanan.
Neymar’s game by numbers vs. Angers:
116 touches
7 successful dribbles
5 shots (3 on target)
4 chances created
2 goals
1 assistDifferent class. 🇧🇷👏 pic.twitter.com/2uNZpgukc2
— Statman Dave (@StatmanDave) October 2, 2020
Ismael Traore kemudiannya membalas untuk pasukan pelawat pada minit ke-52 perlawanan, namun gol oleh Julian Draxler kemudiannya pantas menjadikan kedudukan kepada 4-1.
Gol lewat perlawanan masing-masing oleh Idrissa Gueye dan Kylian Mbappe kemudiannya memastikan kemenangan keempat secara berturut-turut milik PSG setelah dikejutkan dengan kekalahan pada dua perlawanan pertama saingan musim ini.
Gol oleh Neymar dalam perlawanan ini adalah yang pertama pada musim ini setelah kembali dari pergantungan dua perlawanan akibat insiden panas ketika menentang Marseille.
Pemain sayap dari Argentina, Angel Di Maria pula masih mempunyai baki dua pergantungan untuk dilalui setelah dijatuhkan hukuman gantung empat perlawanan akibat insiden dari perlawanan yang sama.
Neymar with a brace in PSG’s 6-1 win over Angers tonight. His PSG stats are quite something!
🏟87 games
⚽️72 goals
🅰️42 assist pic.twitter.com/nbniHIZyYQ— David Kappel (@kappilinho) October 2, 2020
Pendahulu Ligue 1, Rennes masih lagi belum tewas dari lima perlawanan yang dilalui setakat ini, dan akan menanti kunjungan Reims pada malam nanti.
Perlawanan seterusnya, PSG akan berhadapan dengan Nimes selepas tempoh rehat antarabangsa pada Oktober ini.