Satu khabar kurang gembira dari Perancis apabila liga utama mereka, Ligue 1 dan Ligue 2 akan dibatalkan.
🚫 The 2019/20 Ligue 1 season has been cancelled 🚫#OptusSport pic.twitter.com/jFonFLrwpO
— Optus Sport (@OptusSport) April 28, 2020
Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat dalam masa terdekat. Presiden Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF), Noel Graet membuat kenyataan media semalam tentang perkara itu.
Di mana menurut beliau, musim 2019/20 untuk liga Perancis, sama ada bola sepak lelaki dan wanita akan dibatalkan.
FFF President Noël le Graët confirms "definitive stoppage" of the 2019/20 season in Ligue 1, Ligue 2, National & Division 1 (women) – still hopeful about the Coupe de la Ligue & Coupe de France finals. https://t.co/TOBWNLCT9n
— Get French Football News (@GFFN) April 28, 2020
Hal ini kerana kerajaan Perancis menerusi Perdana Menterinya, Edouard Phillipe sudah mengeluarkan larangan kepada semua aktiviti keramaian dan perhimpunan termasuk acara sukan sehingga September.
Edouard Phillipe berkata: “Pertandingan sukan apa sekalipun tidak boleh diadakan sehingga bulan September. Musim bola sepak profesional 2019/20 tidak boleh dilanjutkan.”
Larangan itu juga termasuk tiada acara bola sepak walaupun di dalam stadium kosong sekalipun.
Jadi, mustahil untuk Perancis untuk menyambung liga mereka.
Dan Ligue 1 dijangka akan mengadakan perbincangan bagi menentukan slot ke Eropah, penyingkiran dan promosi dari liga bawahan.
Pada masa yang sama Ligue 1 mungkin akan menunaikan PSG sebagai juara. PSG kini berada 22 mata di atas carta liga.
Namun belum ada kenyataan rasmi dibuat oleh Ligue 1 dan FFF tentang perkara itu.
FFF turut menyatakan bahawa mereka akan berbincang dengan wakil lembaga pengarah kelab untuk membincangkan perkara tersebut
The @LFPfr has responded to today's announcement regarding the suspension of team sports in France:https://t.co/ZbAwZVt6rn pic.twitter.com/iulwopoSRA
— Ligue1 English (@Ligue1_ENG) April 28, 2020
Sebelum ini Liga Belanda mengumumkan musim mereka batal dan tiada pemenang mahupun penyingkiran.
Namun Liga Belgium pula berbeza di mana liga mereka ditamatkan awal dengan menobatkan Club Brugge sebagai juara selepas mendahului liga dengan jumlah mata yang akan banyak.
Liga Jerman sudah mengumumkan mereka bakal kembali pada pertengahan Mei.
Liga Itali juga sudah mendapat lampu hijau daripada kerajaan bahawa liga boleh diteruskan dengan garis panduan ketat diberikan.
Tetapi kedua dua liga tersebut masih belum membuat kenyataan rasmi akan perkara itu kerana masih menunggu kebenaran pihak berkuasa.
Perancis merupakan antara negara yang teruk dilanda wabak covid-19. Oleh itu kerajaan Perancis melarang sama sekali sebarang majlis, acara dan keramaian sehingga September.
Malah larangan itu mungkin akan dilanjutkan berdasarkan keadaan ketika itu.
Selain itu untuk aksi UCL, dijangka pasukan yang terlibat bakal beraksi di luar Perancis. Kerana ketika ini UCL masih komited untuk meneruskan pertandingan mereka.
PSG plan to play remaining Champions League games abroad after Ligue 1 season is ended https://t.co/TSWNhSWnL4 pic.twitter.com/thBLsaiUbE
— Y3sports (@y3sports) April 28, 2020
Liga lain seperti Liga Sepanyol masih belum memberikan bayangan bila mereka mahu menyambung liga.
Sementara EPL sebelum ini sudah menyatakan mereka komited untuk menyambung liga. Tetapi segalanya terserah kepada kerajaan dan situasi semasa.