Li Ning, Lagenda Gimnastik China Yang Menjadi Kuasa Besar Dalam Dunia Badminton

Li Ning adalah gimnas yang berjaya ketika karier beliau bersama dengan China. China tidak menyertai Olimpik selama 30 tahun. Mereka mengambil keputusan untuk menghantar kontinjen olimpik yang kecil terbang ke Helsinki pda 1952.

Selepas itu negara Tanah Besar tersebut terus aktif untuk menyertai Olimpik. Pada 1984 mereka menyertai Olimpik 1984 di Los Angeles. Di sinilah muncul nama gimnas bernama Li Ning yang memenangi 3 emas, 2 perak dan 1 gangsa.

Li Ning lahir pada tahun 1963 di Liuzhou, sebuah kawasan di Wilayah Guangxi – Zhuang. Li Ning mulai aktif berlatih sebagai gimnas sejak berusia lapan tahun. Pada usia 19 belas tahun, Li Ning sudah memenangi 6 emas di Kejohanan Dunia 1982 sebelum tampil di Sukan Olimpik Los Angeles 1984.

Pada Sukan Olimpik 1984, Li Ning menjadi atlet harapan oleh China kerana statusnya yang bergelar juara dunia. Beliau dianggap antara gimnas terbaik China dan memberikan banyak inspirasi kepada atlet China yang lain di Olimpik.

Foto – Olimpik

China kemudian berkembang menjadi kuasa dunia di Sukan Olimpik, bukan sahaja di lapangan gimnastik, malah di lapangan yang lain.

Li Ning berbakti untuk negaranya selama 17 tahun dan bersara pada 1989. Beliau memiliki koleksi 107 pingat emas di semua petandingan antarabangsa.

Li Ning menjadi jenama sukan

Pada 1990, Li Ning tidak bercuti ataupun berehat, malah beliau terus menubuhkan syarikat pembuatan barangan sukan.

Beliau menjalinkan kerjasama dengan syarikat dari Perancis, AIGLE. Kerjasama ini kemudiannya membawa kepada penubuhan syarikat bernama Li Ning Sports Goods di tahun 1990.

Kenapa Li Ning? Ini kerana nama Li Ning sangat fenomena di China ketika itu. Beliau dianggap antara atlet terbaik pernah dimiliki oleh China. Apa sahaja tentang Li Ning laris di pasaran termasuk poster.

Hanya selepas 2 tahun ditubuhkan, Li Ning terus menjadi rakan penaja kontinjen olimpik China yang beraksi di Barcelona 1992.

Pada awalnya, Li Ning menjadi jenama yang dianggap bahan jenaka oleh media barat. Lebih-lebih lagi logonya yang dianggap diubahsuai daripada logo Nike. Sudahlah China memang terkenal dengan barangan tiruan.

Banyak stereotaip menganggap Li Ning sebagai ‘made in China’. Memang pun ia dibuat di China. Tetapi istilah stereotaip itu merujuk kepada barangan tidak berkualiti.

Namun berita seperti ini memberikan publisiti percuma kepada Li Ning. Pada 2004, perusahaan Li Ning disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong.

Semakin Naik

Nilai syarikat mereka mencecah USD1.6 juta. Sekaligus meletakkan mereka dalam senarai 5 teratas untuk pengeluar barangan sukan di seluruh dunia.

Li Ning terus memainkan sentimen pasaran mereka di China. Pada 2006 mereka menguasai lebih 50% daripada perniagaan barangan sukan di China.

Di peringkat global, pada tahun 2006 mereka memperoleh pendapatan sekitar USD306 juta. Ada 8.7% lebih rendah daripada Nike. Wow!

Keluar daripada kepompong, mereka pergi menaja bintang NBA sensasi Shaquille O’Neal dan team juara dunia FIBA 2006 , Sepanyol pada 2007. Nilai tajaan O’Neil dilaporkan bernilai $1.25 juta setahun.

Di lapangan NBA, selain O’Neil, Li Ning berjaya mendapatkan hak tajaan untuk Damon Jones, Jose Calderon , Cleanthony Early, Glenn Robinson III, dan Evan Turner.

Pada tahun 2012 Dwyane Wade meninggalkan jenama Jordan untuk Li Ning. Ini antara kejayaan terbesar di dalam sejarah Li Ning.

Pada tahun 2008, Li Ning diberikan penghormatan untuk menyalakan obor Sukan Olimpik Beijing di Stadium Sarang Burung. Sukan Olimpik Beijing ini memang menjadi medan terbaik melonjakkan nama Li Ning.

Foto – Olimpik

Mereka telah berjaya memenangi hak penajaan untuk membekalkan kelengkapan pakaian kepada petugas media. Mereka juga menjadi penaja pakaian untuk atlet Olimpik China yang beraksi dalam acara gimnastik, ping pong, memanah dan acara terjun.

Li Ning gagal mendapatkan hak penajaan pasukan badminton ketika itu yang masih ditaja oleh Yonex.

Li Ning vs Yonex

Li Ning semakin serius dalam usaha menjadi pengeluar barangan badminton. Mereka mulai menjadi seteru kepada Yonex.

China sentiasa menjadi sasaran utama pelabur dan penaja dalam industri badminton. Ini kerana kehebatan para atlet mereka dalam sukan tersebut. Banyak nama elit dari China yang mampu menjadi daya penarik yang kuat.

Foto – Olimpik

Selepas Sukan Olimpik 2008, mereka berjaya mendapatkan hak untuk menaja skuad badminton China. Dalam katalog promosi Yonex tahun 2009, tiada seorang pun atlet China terlibat. Ia sekaligus membuatkan peminat bertanya, kenapa?

Pada kejohanan badminton 2009, pemain-pemain badminton China memakai baju Li Ning. Dan ia jawapan terbaik kepada persoalan itu. Li Ning akhirnya berjaya masuk ke kem badminton China.

Namun begitu dalam kejohanan All England 2009, pasukan badminton China masih memakai Yonex sebagai pembekal rasmi mereka. Itu mungkin yang terakhir Yonex menjadi penaja baju untuk pasukan badminton China.

Seperti biasa, ramai peminat badminton dari China sendiri menjadikannya bahan ejekan. Ini kerana nama Yonex sangat gah untuk badminton.

Ramai yang mempersoalkan, adakah Li Ning benar-benar serius dalam industri badminton? Mampukah mereka bersaing dengan jenama yang lain seperti Yonex, Wilson, Babolat, Apacs, Astec dan Flypower?

Apa pencapaian Li Ning dalam pembuatan barangan badminton termasuk pakaian dan raket? Ia dikhuatiri akan menjejaskan prestasi badminton China. Ramai yang sangsi dengan kualiti raket yang dibekalkan.

Li Ning juga membida untuk menaja pasukan badminton Indonesia pada ketika itu.

Selepas serius dalam penajaan badminton, mereka membangunkan pembuatan raket badminton. Selepas hanya menaja baju, Li Ning akhirnya mendapat hak penajaan raket beberapa pemain ternama China termasuk Lin Dan.

Foto – Olimpik

Li Dan antara pengaruh terbesar yang menutup mulut-mulut peminat China yang tidak yakin dengan Li Ning adalah apabila Lin Dan meninggalkan Yonex dan menggunakan raket Li Ning.

Selepas itu ramai bintang China yakin dengan raket Li Ning termasuk, Ma Jin, Fu Haifeng, Cai Yun, Cheng Long dan beberapa bintang lain.

Foto – Goo

Publisiti Li Ning semakin kuat dan selepas itu menjadi sangat sinonim dengan badminton China. Mereka juga menjadi satu jenama elit di arena badminton antarabangsa. Bukan sahaja atlet China, malah atlet dari luar negara mempercayai teknologi raket Li Ning.

Banyak kejayaan yang dilakar oleh Li Ning bersama skuad badminton China.

Fenomena Li Ning

Ianya menjadi satu fenomena baru bagi peminat badminton seluruh dunia yang menjadikan sukan itu hobi. Ramai juga mereka pergi ke kedai sukan untuk mendapatkan raket Li Ning. Namun ia bukan murah.

Li Ning antara raket yang mahal untuk dimiliki. Tetapi Li Ning sudah ada peminatnya yang tersendiri. Bukan sahaja raket malah kasut badminton dan kasut bola keranjang juga antara yang menjadi buruan peminat.

Kuasa badminton telah memberikan publisiti yang jauh lebih besar berbanding sukan lain kepada Li Ning. Mereka berjaya mewujudkan kerjasama dengan sebuah syarikat di USA untuk menubuhkan Digital Li Ning, laman e-dagang yang membantu mereka dalam khidmat nasihat tentang perniagaan atas talian.

Li Ning dilaporkan berjaya mengaut hasil jualan lebih USD10 juta dari e-dagang pada tahun pertama mereka beroperasi. Semakin ramai orang di Amerika Syarikat sendiri menjadi penggemar kepada produk Li Ning.

Pada Januari 2010, Li Ning membuka ibu pejabat mereka di USA dan membuka 2 kedai dia Portland, dan Oregon. Tahun yang sama mereka menukar logo mereka. Ia sbahagian daripada simbolik kepada revolusi di dalam syarikat mereka.

Li Ning menggunakan slogan “Make The Change”.

Foto – Forbes

Itulah kisah Li Ning, daripada seorang atltit gimnastik yang berbakat menjadi seorang pengusaha syarikat gergasi dengan nama beliau sendiri. Beliau masih kekal sebagai Pengerusi Syarikat Li Ning sehingga hari ini.

Li Ning antara kuasa penaja yang kuat di lapangan badminton. Banyak sekali tajaan mereka di arena badminton termasuk menjdi penaja utama kejohanan siri super.

Rujukan

The Clymb

Wikipedia

Forbes

Sekiranya anda mempunyai artikel untuk dikongsikan. Hantar di sini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.