Lewis Hamilton rasmi bergelar juara dunia Formula 1 (F1) untuk kali ke-4 dalam karier beliau. Hamilton meraikan kemenangan itu di Paris.
Ini sekaligus menyamai Sebastian Vettel dan juga Alain Prost yang juga. Anugerah Rookie Tahunan diberikan kepada Charles Leclerc.
Manakala bintang Red Bull, Max Verstappen dianugerahkan dengan Anugerah Personaliti Terbaik F1 2017. Ini adalah kali ke-3 berturut-turut Verstappen memenangi anugerah tersebut.

Kejayaan Lewis Hamilton ini menjadikan beliau sebagai pemandu F1 ke-5 dalam sejarah berjaya merangkul 4 Kejuaraan. Beliau memenanginya ketika di Mexico pada Oktober lalu.
Ketika ditanya sama ada beliau mampu memecahkan pencapaian Michael Schumacher yang mengakhiri karier dengan 7 kejuaraan.
Lewis Hamilton dengan rendah diri menyatakan ia adalah perkara yang mustahil. Pemandu berusia 32 tahun ini berkata:
“Maknaya saya kena menang 4 kejuaraan lagi? Saya mengambil 10 tahun untuk mememangi kejuaraan ke-4 ini. Buat masa ini, saya tiada sasaran langsung untuk menyamai rekod Schumacher.”
Namun begitu, Lewis Hamilton tetap memiliki azam yang tinggi untuk mmemenangi kejuaraan ke-5 selepas ini. Beliau tahu saingan dalam sukan F1 semakin sengit dengan kualiti pemandu-pemandu baru yang sedia ada.
Jika berjaya memenangi kejuaraan ke-5, Hamilton akan duduk sebaris dengan seorang lagi legenda, Juan Manuel Fangio.
“Menyamai rekod Fangio itu pastinya perkara yang hebat. Untuk mencapai itu, saya perlu bersaing untuk beberapa tahun lagi. Dan ia salah satu matlamat saya buat masa ini.”
Karier
Lewis Hamilton memulakan karier beliau dalam sukan perlumbaan kereta dengan go-kart dan menjuarai kejohanan pertama beliau pada usia 10 tahun.
Selepas perkembangan bakat yang luar biasa, pada 2001 beliau menyertai kejuaraan Renault Motorsport. Sepanjang karier beliau, Hamilton telah menjadi antara pemandu yang paling berbakat dalam sukan ini.
Pada 2005 beliau menang 2 kejuaraan Formula 3 untuk kejohanan Eropah dan Masters. Pada 2006 beliau menang kejuaraan GP2 Series.
Nama beliau melonjak naik ketika menyertai pasuka Formula 1 McLaren pada 2007. Beliau mengejutkan semua pihak dengan menduduki naib juara musim tersebut.
Pada 2008, Lewis Hamilton menjuarai kejuaraan F1 pertama beliau pada 2008. Kemudian, Lewis Hamilton menunggu selama 6 tahun untuk kejuaraan ke-2 beliau pada 2014. Ini diikuti dengan kejuaraan ke-3 pada 2014.
Pada 2017, beliau akhirnya berjaya memenangi kejuaraan ke-4 dalam karier beliau pada 2017.
Setakat ini Lewis Hamilton sudah memenangi perlumbaan sebanyak 62 kali. Hanya Michael Schumacher lebih banyak daripada beliau dengan 91 kemenangan.