Penyerang Bayern, Munich Robert Lewandowski percaya bahawa beliau mampu untuk terus bermain sehingga usianya 40 tahun.
Dengan berjaya mendapatkan bentuk tubuh badan yang sangat menarik serta otot-otot yang memukau, Lewandowski yakin beliau masih boleh bermain walau sudah lanjut usia.
Penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Poland itu kini sedang dalam rentak aksi terbaik dalam kariernya.
Robert Lewandowski:
"I don't feel like I'm 32. I feel better than when I was 26. This applies not only to my age, but to football and technical aspects. I'm doing everything I can to stay in top shape for the next 10 years."
Machine. 💪 pic.twitter.com/GKzOcUipJV
— Footy Accumulators (@FootyAccums) September 1, 2020
Musim lalu beliau menjaringkan 55 gol dari 47 penampilan bersama Bayern dan berjaya membantu pasukan memenangi gelaran treble di bawah kendalian Hans-Dieter Flick.
Kontrak semasa beliau bersama Bayern akan tamat pada 2023, dan selepas usianya kini mencapai 32 tahun, Lewandowski berasa ini adalah waktu kemuncak untuknya.
Dengan apa yang sudah beliau pamerkan di usia 32 tahun ini, Lewandowski berasa beliau mampu untuk melakukan lebih baik untuk tempoh beberapa tahun mendatang.
Bercakap kepada syarikat penerbitan Jerman, Kicker, tentang situasinya sekarang, bekas pemain pasukan Borussia Dortmund itu menyatakan bahawa:
“Ianya tidak akan berakhir disini. Penghujung karier saya bersama Bayern merupakan satu pilihan, ya sudah tentu, tetapi saya yakin saya masih mempunyai beberapa tahun untuk terus beraksi.”
🗣 Robert Lewandowski:
"I don't feel like 32. I feel better than when I was 26. I've worked very specifically in recent years to reach my optimal level."
💪💪💪 pic.twitter.com/Kq1YOWTm0L
— MansionBet (@MansionBet) September 1, 2020
“Saya juga tidak fikir untuk bersara di waktu seperti sekarang. Saya tak rasa pon usia saya sudah 32 tahun. Saya rasa lebih baik berbanding ketika usia saya 26 tahun. Saya bekerja lebih keras dalam beberapa tahun ini untuk mendapatkan tahap terbaik saya.”
Ketika ditanya lebih terperinci tentang berapa lama lagi beliau boleh beraksi, pemenang liga Juara-juara bersama Bayern itu terus menjawab:
“Lapan tahun lagi.”
Lewandowski telah mengabadikan dirinya dengan bola sepak dan bekas pengurus pasukannya, Pep Guardiola turut memuji kerja keras yang beliau sering tunjukkan.
“Dia merupakan pemain paling profesional yang pernah saya jumpa setakat ini.”
Jelas Pep kepada AS pada tahun 2016 lalu.
“Dalam kepalanya, apa yang selalu dia fikirkan adalah tentang apa makanan terbaik untuknya, tidor yang cukup dan latihan, 24 jam beliau sungguh berharga.”
Robert Lewandowski in 2019-20:
– 5️⃣5️⃣ goals
– 🔟 assists
– 3 trophies 🏆 🏆 🏆Still going strong at 32 💪🏽 pic.twitter.com/1BLuMMVL48
— ved (@whoisved) August 25, 2020
“Sebab itu dia selalu berada di sana, tidak pernah tercedera, semuanya kerana dia memberi tumpuan kepada perkara-perkara penting ini.
“Dia sentiasa tahu apa yang penting untuk berada dalam keadaan terbaik.”
Lewandowski mengekalkan aksi luar biasa hebat itu dengan beberapa pantang larang dan disiplin yang sungguh mengagumkan.
Antaranya, beliau akan memakan buah-buahan segar atau manisan terlebih dahulu sebelum memakan makanan utamanya.
Lebih hebat lagi, penjaring terbanyak liga Juara-juara musim lalu itu juga hanya tidor di sisi sebelah kiri sahaja setiap hari untuk kesihatannya.
Aksi dan disiplin yang beliau amalkan di luar padang akhirnya terbayar juga selepas pemain kebangsaan Poland itu menghabiskan musim lalu dengan sungguh cemerlang.
Musim terbaik sepanjang karier profesionalnya, namun sayang sekali untuk Lewandowski, anugerah Ballon d’or pula telah dibatalkan oleh kerana penularan wabak.
Lewandowski: "No me siento como de 32, estoy mejor que a los 26. No sólo por mi cuerpo, sino también por lo futbolístico y lo técnico: en eso trabajé en concreto en los últimos años para alcanzar mi nivel óptimo. Hago todo lo necesario para mantenerme en forma algunos años más". pic.twitter.com/wgRUHvy5I4
— The Chips (@TheChips_Futbol) September 1, 2020
Sekiranya anugerah tersebut tidak dibatalkan, maka sudah pastinya Lewandowski merupakan calon terbaik untuk anugerah tersebut tahun ini.
Ramai yang kecewa dengan keputusan penganjur yang membatalkan anugerah tersebut, dan Lewandowski sendiri turut mendedahkan bahawa beliau yakin dirinya paling layak untuk memenangi anugerah tersebut tahun ini.
Dalam satu sesi temu bual beliau bersama media Poland, Sportowe Fakty, Lewandowski yang ketika itu ditanya siapa yang paling layak untuk memenangi anugerah Ballon d’or tahun ini, beliau menjawab.
Lewandowski thinks he would've deserved the Ballon d'Or this year 🗣️ pic.twitter.com/BUk4TtItiC
— B/R Football (@brfootball) August 29, 2020
“Diri saya sendiri”
“Kamu memenagi segala-galanya yang kami mampu bersama Bayern. Dalam setiap pertandingan, Bundesliga, German Cup, dan liga Juara-juara, saya adalah penjaring terbanyak. Saya faham tekanan dari pihak lain yang pastinya menganggap ada pemain lebih hebat.”
“Tetapi bukan semua pemain boleh memenangi bola emas itu dengan mencapai seperti apa yang sudah saya capai sekarang.”