Robert Lewandowski adalah penjaring terbanyak Champions League pada musim ini. Berhijrah ke Jerman bersama Borussia Dortmund sebelum menyertai Bayern Munich, penyerang berasal dari Poland itu dianggap sebagai salah seorang penyerang paling konsisten di dunia.
Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana satu insiden melibatkan alam telah menghalang Lewandowski untuk beraksi bersama Blackburn Rovers di Premier League.
Semuanya hanya kerana satu penerbangan yang terpaksa dibatalkan pada 2010 akibat letusan gunung berapi. Jika tidak, penyerang yang kini berusia 31 tahun itu berkemungkinan telah beraksi di Premier League dan diangkat sebagai legenda di Ewood Park.
Robert Lewandowski is the first player not named Ronaldo or Messi to hit 13+ goals in a single #UCL season.
Ronaldo’s record stands at 17… 👀 pic.twitter.com/8CSaHLNcbc
— B/R Football (@brfootball) August 8, 2020
Pengurus Blackburn pada ketika itu adalah Sam Allardyce, dan baru-baru ini berkongsi mengenai perkara itu bersama talkSPORT.
“Saya pergi bersama Ketua Pencari Bakat [ke Poland], Martyn Glover dan ia amat menarik,” kata Allardyce.
“Kami amat tertarik dengan pemain tersebut, dan pengerusi kelab mahu menjual pada harga €8 juta, dan beliau dijadualkan akan terbang ke England.
“Kemudian asap tebal dari gunung berapi di Iceland mula timbul dan banyak penerbangan dibatalkan. Maka beliau tidak boleh terbang,”
Sky Sports News' Alan Myers and Keith James recall how a volcano eruption prevented Robert Lewandowski arriving at Blackburn…
— Sky Sports Football (@SkyFootball) October 23, 2019
Pada ketika itu letusan Gunung Berapi Eyjafjallajökull meletus pada April 2010 menghasilkan asap tebal sehingga menyebabkan banyak penerbangan di Eropah tidak boleh beroperasi selama enam hari.
“Kami menanti beliau di Lapangan Terbang Manchester. Seminggu dua kemudian beliau menandatangani kontrak bersama Borussia Dortmund,” tambah Allardyce.
Perkara yang sama turut dikongsi oleh Lewandowski sebelum itu sekaligus mengesahkan apa yang didakwa oleh Allardyce.
Lewandowski pada ketika itu adalah seorang pemain muda yang beraksi bersama Lech Poznan, dan sedang mencari peluang untuk mengembangkan bakatnya di liga utama di Eropah.
“Saya pernah memiliki peluang untuk menyertai Blackburn, dan saya mahu melihat sendiri bagaimana rupanya kelab itu dan pusat latihan selepas saya bertemu dengan Sam Allardyce,” kata Lewandowski.
Sky Sports News' Alan Myers and Keith James recall how a volcano eruption prevented Robert Lewandowski arriving at Blackburn…
— Sky Sports Football (@SkyFootball) October 23, 2019
“Saya berada di Poland selepas satu perlawanan. Saya berpendapat beliau adalah seorang budiman, seorang jurulatih yang bagus.
“Beliau bersedia untuk mengambil pemain muda yang mempunyai bakat istimewa. Beliau mahu ke Poland untuk menyaksikan saya. Itu bagus.
“Terdapat banya pilihan selepas saya memutuskan untuk meninggalkan Poznan. Saya perlu tahu, jika saya ke sana, apa yang akan saya dapat. Apakah perkara yang akan saya pelajari.
“Saya berpendapat saya akan okay jika ke Blackburn, tetapi saya mahu melihat terlebih dahulu pusat latihan dan stadium. Malangnya saya tidak boleh pergi kerana keadaan awan dan asap. Ia kerana gunung berapi.
“Selama seminggu tiada siapa boleh terbang di Eropah. Penerbangan telah ditempah, namun tidak bileh terbang. Ia mengubah kehiduan saya. Jika saya ke Blackburn, mungkin saya akan terus kekal di sana.”
Selepas itu Lewandowski memilih untuk menyertai Borussia Dortmund dan bekerja di bawah kendalian Jurgen Klopp yang berjaya mengumpul sebuah skuad yang hebat. Lewandowski adalah penyerang utama pasukan.
Dan kita semua tahu sejauh mana pencapaian Lewandowski pada hari ini.