Leroy Sane menjaringkan gol yang cukup padu dari jarak 25 ela menerusi sepakan percuma untuk Bayern Munich ketika aksi dalam saingan German Cup.
Pemain sayap, Serge Gnabry terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-14 permainan dalam pertemuan Bayern Munich bertemu Holstein Kiel di Holstein-Stadion.
Walau bagaimanapun, Holstein mengejutkan Juara bertahan saingan Bundesliga itu sebelum rehat babak pertama permainan, dengan Fin Bartels berjaya menjaringkan gol penyamaan.
That Leroy Sane free kick.#KSVFCB pic.twitter.com/MlUoNotyJi
— DW Sports (@dw_sports) January 13, 2021
Sane kemudiannya tampil untuk mengambil sepakan percuma pada awal babak kedua permainan dan membuktikan kemampuan sebenar beliau dalam melepaskan rembatan kencang dan padu.
Bekas pemain Manchester City yang kini berusia 25 tahun itu dengan mudah melencongkan bola melepasi barisan pertahanan sebelum bola rembatan beliau menerjah jaring gawang gol lawan.
Penjaga gol Holstein kaku dan tidak mampu untuk menyelamatkan bola rembatan padu dari Leroy Sane itu.
Jaringan Sane menerusi sepakan percuma itu awalnya hampir memberi kemenangan kepada Bayern Munich, namun ketika perlawanan sudah masuk ke masa kecederaan, Hauke Wahl berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk Holstein mengikat Bayern 2-2.
GOAL! Wow, Leroy! Sané converts a free kick, curling the ball right into the top right corner. 2-1 Bayern.
So close! Davies with a great forward pass to Gnabry, but Gnabry just can't control it, and Porath sends it out for a corner pic.twitter.com/ZYyOU1KNJQ
— Lilian Chan (@bestgug) January 13, 2021
Perlawanan tersebut berakhir dengan tendangan penalti dengan Bayern Munich terpaksa akur dengan kekalahan 6-5 di tangan Holstein selepas sepakan dari Marc Roca diselamatkan oleh penjaga gol.
Bayern Munich mengeluarkan dana bernilai £44.7 juta untuk mendapatkan Sane dari Manchester City pada musim panas lalu.
Walau bagaimanapun, legenda Bayern, Lothar Matthaus sebelum ini pernah mengkritik persembahan pemain kebangsaan Jerman itu dan menganggap pemikiran beliau untuk bertahan menjadi punca mengapa Sane bukan pemain yang sering diturunkan sebagai kesebelasan utama untuk kelab.
Video: Leroy Sane showcases free-kick credentials with unstoppable stunner for Bayern Munich in DFB-Pokal https://t.co/yubqvQSxJo
— CaughtOffside (@caughtoffside) January 13, 2021
“Seorang pemula sebenar dia harusnya melepasi Kingsley Coman dan Serge Gnabry. Sane sebelum ini terlalu lama berehat kerana mengalami kecederaan.”
Jelas legenda berusia 59 tahun itu kepada T-Online.
“Dia harus biasakan diri dengan system FC Bayern Munich, naik tinggi dan aggressive ketika menekan. Dia sedikit kurang dari segi bertahan. Dia harus berusaha untuk masalah itu.”
“Salah satu alasan mengapa Pep Guardiola melepaskan beliau pergi adalah kerana Sane gagal berfungsi di bahagian pertahanan seperti yang beliau mahukan.”
https://youtu.be/uwmQOWs2GbY
“Tidak seperti Serge Gnabry atau Kingsley Coman, mereka berfungsi ketika menyerang dan bertahan, Sane masih perlu belajar.”