L’Equipe Berikan Hazard Rating Paling Teruk

Eden Hazard memulakan debut UCL beliau bersama Real Madrid menentang PSG semalam. Dan pemain itu bermain dengan sangat hambar.

Hazard dibeli dengan nilai £100 juta oleh Real Madrid dengan tambahan £30 juta lagi sebagai bonus. Harga yang sangat mahal untuk pemain yang hampir menjadi free agent.

Namun Real Madrid percaya mereka telah melakukan urusan yang tepat mendapatkan Hazard.

Dalam aksi menentang PSG semalam, Real Madrid tewas 3-0 dalam aksi yang sangat teruk. Real Madrid gagal mencetak sebarang percubaan tepat ke gawang lawan.

Persembahan buruk Hazard turut menjai perhatian ramai pihak. Ramai pengguna media sosial telah mengambil kesempatan untuk troll Eden Hazard.

https://twitter.com/i/status/1174432452418375680

L’Equipe, sebuah portal berita bola sepak terkemuka di Perancis telah menambahkan garam pada luka Eden Hazard dengan memberikan rating hanya 2 daripada 10.

Itu merupakan rating paling rendah di kalangan kesemua pemain yang beraksi.

Selain Hazard, rakan beliau James Rodriguez dan Dani Carvajal juga diberikan rating sangat rendah iaitu hanya 3.

Marca dalam laporan mereka turut kecewa dengan Eden Hazard yang gagal memberikan impak.

Berbeza dengan bekas pemain Real Madrid, yang juga bekas wira final UCL 2014 Los Blancos, Angel Di Maria yang mendapat rating 9. Paling tinggi dalam perlawanan ini.

Di Maria menjaringkan 2 gol dan banyak sekali terlibat dalam gerakan bahaya pasukannya. Di Maria berjaya mengisi ketiadaan trio serangan PSG yang tidak dapat beraksi.

Sejak menyertai Real Madrid, Eden Hazard bergelut untuk mendapatkan kecergasan dan juga kondisi fizikal yang terbaik. Beliau sebelum ini sudah diarahkan untuk menurunkan berat badannya.

Sebelum sepak mula berhadapan dengan PSG, Eden Hazard ‘bikin panas’ dengan mengkritik peminat di Chelsea dengan melabel mereka sebagai bukan peminat bola sepak yang sebenar. Sebaliknya, peminat bola sepak yang sebenar adalah di Real Madrid.

Kenyataan itu mengundang kemarahan segelintir penyokong Chelsea yang selama ini sangat menyayangi dan menghormati Eden Hazard.

Ini permulaan yang kurang memuaskan untuk Hazard musim ini. Dan beliau pastinya perlu berusaha untuk kembali kepada prestasi terbaik beliau.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.