Leong Mun Yee, Jelitawan Terjun Yang Tak Kenal Putus Asa Demi Malaysia

Sukan SEA 2017 menandakan 2 dekad sudah penglibatan Leong Mun Yee di dalam sukan ini sejak beliau melakukan debut pada 1997 di Jakarta. Ketika itu Leong Mun Yee baru berusia 13 tahun.

Mun Yee turut menyertai kem terjun Malaysia untuk sukan Komanwel pada 1998. Leong Mun Yee mulai bermesra dengan air seawal usia 2 tahun lagi.

Beliau seringkali dibawa abangnya ke pusat akuatik. Abang Mun Yee adalah perenang yang mewakili Perak.

Dahulunya, Mun Yee seorang kanak-kanak yang berisi dan malas bersukan. Tetapi lama-kelamaan beliau minat untuk bersukan.

Foto – Twitter Leong Mun Yee

Setelah usianya makin meningkat, Mun Yee sendiri suka berenang dan meminati sukan itu. Beliau juga berhasrat menjadi perenang.

Dari Renang Ke Papan Terjun

Bak kata pepatah, manusia hanya merancang, tuhan adalah penentu segalanya. Segalanya berubah ketika Mun Yee berusia 10 tahun.

Pada 1995, Kementerian Belia dan Sukan menghantar delegasi mereka ke Perak untuk pemilihan atlet terjun bagi kejohanan sukan Komanwel 1998.

Mun Yee bertekad untuk mencuba nasib dalam sukan terjun. Leong Mun Yee menjadi salah seorang daripada 6 atlet yang terpilih kerana kondisi fizikal beliau yang sangat sesuai untuk sukan terjun.

Lebih manis, Mun Yee adalah satu-satunya atlet dari Perak yang mewakili Malaysia dalah Sukan Komanwel 1998.

Foto – MSSM

Leong Mun Yee adalah ikon terjun negara. Menjadi inspirasi ramai penerjun baru selepas itu.

Walaupun tidak ada pencapaian peribadi sehebat Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong, beliau tetap menjadi antara penerjun terbaik dalam sejarah sukan ini untuk negara kita.

Cintanya kepada sukan terjun dan semangat untuk mewakili Malaysia tidak pernah padam. Meskipun kudratnya tidak sekuat dahulu, Mun Yee tetap ada di sana, bersedia demi Malaysia.

Beliau kerap menangguhkan pengajian beliau demi Malaysia.  Beliau sentiasa komited untuk menyertai latihan yang diadakan, kebanyakannya di China.

Beliau juga mewakili Malaysia dalam 4 temasya Olimpik. Pencapaian terbaik beliau adalah pada 2009 apabila memenangi pingat emas kejohanan dunia dalam acara duo bersama-sama dengan Pandela Rinong.

Leong Mun Yee adalah atlet kelahiran Ipoh. Beliau memiliki koleksi 15 pingat emas dalam pelbagai acara di Sukan SEA. Menjadikan beliau penerjun terbaik negara kita di lapangan Sukan SEA.

Tidak ada penerjun lain yang mampu melakukannya lebih banyak daripada Mun Yee di Sukan SEA. Kini Mun Yee dalam rangka persiapan untuk mengutip emas ke-16 di bumi sendiri pada Ogos ini.

Beberapa bulan yang lalu, Mun Yee dan Pandelela Rinong memenangi pingat gangsa dalam kejohanan Siri Dunia di Beijing.

Foto – The Star

Beliau sudah memberikan gambaran bahawa, Sukan SEA 2017 mungkin yang terakhir untuk beliau. Beliau juga berharap akan dapat menyertai 1 lagi kejohanan besar dalam kalendar 2017 iaitu World Aquatics Championships di Budapest.

Jelitawan terjun ini seorang yang sangat berdisiplin dengan rutin latihan beliau. Mun Yee berlatih 6 hari seminggu. Setiap sesi latihan memakan masa 7 hingga 8 jam. Biasanya latihan beliau terbahagi kepada 2 sesi. Sesi pagi dan petang. 3 jam setiap sesi.

Foto – Leong Mun Yee Instagram

Bagi Mun Yee, sukan ini memerlukan disiplin untuk berlatih kerana ia menagih kekuatan fizikal, fokus dan stamina. Pada masa yang sama, teknik terjunan haruslah diperbaiki dari semasa ke semasa.

Beliau juga memberitahu yang pakaian yang sesuai juga penting. Teknologi pakaian penerjun telah dibangunkan dengan kompleks dalam membantu prestasi atlet terjun.

Beliau telah 20 tahun berkecimpung dalam sukan ini. Banyak yang beliau telah saksikan. Beliau gembira dengan perkembangan positif sukan ini terutama dari segi infrastruktur.

20 tahun yang lalu, mereka tidak berlatih dalam infrastruktur yang canggih dan dipenuhi teknologi seperti hari ini.

Itulah kisah Leong Mun Yee yang menjadi idola ramai penerjun muda. Tidak lupa juga beliau menjadi atlet yang digilai ramai peminat kerana rupanya yang menawan.

Foto – Instagram Leong Mun Yee

Jelitawan dan juga atlet yang kental ini Leong sudah beraksi dalam 4 temasya Olimpik (2000, 2004, 2008 dan 2012).

Pencapaian terbaik beliau di Olimpik adalah tempat ke-7 dalam acara 10 meter ‘synchronised platform’ pada 2012.

Menjadi Olympian pertama dari Malaysia yang beraksi dalam 3 temasya Olimpik pada 2008. Mun Yee adalah ratu terjun Malaysia di Sukan SEA dan antara atlet paling berjaya dalam sukan serantau tersebut!

Jika benar Leong Mun Yee bersara selepas ini, pasti ramai yang merindui beliau.

Sumber

The Star

Buro 247

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.