Leicester Kini Boleh Mengikuti Tradisi Aneh Bola Sepak Inggeris Selepas Muncul Juara Piala FA

Leicester City akhirnya berjaya memenangi kejuaraan Piala FA buat pertama kalinya dalam sejarah kelab selepas menewaskan Chelsea 1-0 di Wembley.

Apa yang menariknya untuk Leicester selepas berjaya membawa pulang Piala tersebut ke King Power?

Satu hal yang pasti, selepas berjaya menjuarai Piala FA, The Foxes kini sudah boleh menukar ‘coner flag’ mereka. Aneh bukan?

blank

Youri Tielemans berjaya menjaringkan gol yang sungguh cantik dan menakjubkan untuk membantu Leicester City menewaskan Chelsea.

Lebih manis lagi, jaringan tersebut berjaya membantu Leicester City muncul Juara Piala FA buat pertama kalinya dalam sejarah mereka.

The foxes sudah berjaya mara ke perlawanan akhir sebanyak empat kali dalam sejarah mereka, dan kesemuanya berakhir dengan kegagalan sebelum ini.

Kali terakhir mereka mara ke perlawanan akhir adalah sekitar 52 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1969.

Gol jaringan Tielemans bermakna Leicester kini sudah mempunyai koleksi Piala FA dalam kabinet mereka, bersama tiga kejuaraan League Cup, premier league, Community Shield dan lapan Piala dari liga division kedua dan ketiga.

Kejayaan mereka memenangi Piala FA telah membolehkan Leicester City untuk menukar ‘coner flag’ mereka dari yang biasa kepada yang berbentuk segi tiga.

blank

Budaya tersebut merupakan satu tradisi yang diamalkan dalam bola sepak Inggeris sejak dahulu lagi.

Tradisi tersebut sama sekali tiada kaitan dengan peraturan dari persatuan bola sepak England dan pihak kelab juga sama sekali tidak diwajibkan untuk menukar bendera tersebut.

Namun sudah menjadi tradisi untuk kesemua pasukan dalam bola sepak Inggeris, yang mana mereka akan menukar bendera tersebut sekiranya sudah memenangi Piala FA dan untuk pasukan yang masih belum menang, mereka akan kekal menggunakan bendera biasa.

Menurut sumber dari Wikipedia, tradisi tersebut telah dimulakan oleh Cardiff City ketika mereka memenangi Piala FA pada tahun 1927.

Mereka ketika itu telah menukarkan bendera biasa kepada bendera segi tiga selepas menewaskan Arsenal 1-0 di Wembley.

The bluebirds menukar bendera tersebut untuk beritahu semua pasukan terutama seteru mereka, Swansea City yang mereka sudah memenangi Piala FA.

Kebanyakkan kelab sememangnya akan menukar bendera mereka dengan memakai bendera segi tiga, namun tidak untuk Liverpool.

blank

The reds walau sudah memenangi Piala FA sebanyak tujuh kali, namun mereka sama sekali tidak mengikuti tradisi tersebut. Tentu ada yang tertanya-tanya mengapa.

Kerana Liverpool bukan Inggeris, mereka Scouser.

AFC Wimbledon pula telah memakai bendera segi tiga tersebut walau mereka tidak pernah memenangi Piala FA, namun menggunakan tiket kemenangan Wimbledon yang berjaya memenangi Piala tersebut selepas menewaskan Liverpool pada tahun 1988.

Walau bagaimanapun, ‘coner flag’ Leicester tidak akan selamat walau menggunakan bendera tiga segi atau biasa.

Ia kerana Jamie Vardy akan berusaha sedaya upaya untuk menjahanamkan bendera tersebut ketika beliau meraikan jaringannya.

Vardy merupakan pemain yang paling bersemangat ketika aksi bertemu Chelsea, dengan beliau tidak henti-henti menaikkan semangat rakan sepasukannya sepanjang perlawanan tersebut.

blank

Penampilan Vardy dalam perlawanan akhir bermaksud beliau telah bermain dalam semua perlawanan dalam saingan Piala FA musim ini sejak dari pusingan kelayakkan lagi.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.