Legenda NBA, Kobe Bryant Terlibat Nahas Helikopter

Kobe Bryant, 41, telah meninggal dunia dalam nahas helikopter yang berlaku di Calabasas, California

Kobe Bryant merupakan bintang NBA yangmenghabiskan sebahagian besar kariernya bermain untuk Los Angeles Lakers.

Kemalangan helikopter peribadi milik Kobe Bryant itu dinaiki oleh 9 orang termasuk anak perempuannya, Gianna ‘Gigi’ Bryant, yang baru berusia 13 tahun.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan bahawa Kobe Bryant menaiki helikopter Sikorsky S-76B.

Pepperdine Graphic, sebuah akhbar yang dikendalikan pelajar Pepperdine University, memuat naik sebuah tweet yang menunjukkan imej helikopter dengan kepulan asap.

Sheriff Los Angeles mengesahkan sembilan orang meninggal dunia dalam nahas helikopter itu, yang berlaku kira-kira pukul 10 pagi.

“Dengan kesedihan yang teramat sangat , kita telah digemparkan dengan berita pemergian Kobe Bryant dan empat orang lagi dalam kemalangan helikopter di Calabasas,” kata Alicia Weintraub, Datuk Bandar Calabasas, dalam sidang akhbar beliau.

Legenda NBA

Koe Bryant bukanlah nama asing bagi kita semua terutama sekali peminat sukan bola keranjang.

Legenda tersebut telah menghabiskan 20 musim kariernya dengan bermain untuk Los Angeles Lakers.

Bryant adalah pemenang lima kejuaraan NBA sepanjang kariernya. Beliau memenangi terlalu banyak anugerah dan pencapaian peribai.

Kobe Bryant lahir pada 23 Ogos 1978 di Philadelphia. Namun pada usia kecilnya, beliau membesar di Itali, kerana ayahnya bermain di sana.

Pada tahun 1996 Bryant menyertai NBA selepas menamatkan pengajian sekolah tinggi.

Bryant digelar “Black Mamba,” oleh para peminatnya, merujuk kepada spesis ular. Pemain yang sangat hebat dan kompetitif.

Michael Jordan, yang dianggap sebagai seteru di atas gelanggang kepada Kobe Bryant telah menzahirkan rasa sedihnya.

Kobe Bryant bersara dari NBA pada 2016.

Bryant telah berkahwin dengan Vanessa Bryant yang mempunyai empat orang anaknya: Bianka, Gianna, Natalia, dan Capri, anak bongsunya, yang dilahirkan pada bulan Jun lalu.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.