Bekas pemain pertahanan Liverpool, Steve Finnan bertindak melelong memorabilia kejuaraan UEFA Champions League yang dimenangi pada 2005 di Istanbul.
Selain medal kejuaraan, Finnan turut menjual jersi yang dipakai oleh beliau pada perlawanan akhir tersebut yang disifatkan oleh penyokong Liverpool sebagai ‘miracle of Liverpool’
Finnan yang kini berusia 44 tahun bertindak melelong semua barangan berharga tersebut di laman sesawang Graham Budd Auctions, dan semua memorabilia itu boleh dibida sehingga empat dan lima angka.
Steve Finnan listing all his Liverpool collections for auction has made me so sad pic.twitter.com/A3YNapfdQV
— Caoimhín (@Caoimhin_FPL) October 16, 2020
Finnan melakukan 217 penampilan untuk Liverpool dari tahun 2003 sehingga 2008, dan pernah membantu kelab Merseyside itu muncul juara Champions League, Piala FA, UEFA Super Cup, dan Perisai Komuniti.
Medal Champions League yang dimenanginya dimana Liverpool bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan AC Milan berada di dalam pasaran dengan harga sekitar £12,000 dan £15,000.
Manakala jersi yang dipakai oleh beliau dalam perlawanan tersebut dianggarkan bernilai sekitar £2,000 sehingga £2,500.
Finnan made 217 appearances for Liverpool between 2003 and 2008https://t.co/1ILSxNeWDV
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) October 16, 2020
Turut dilelong ialah jersi dan medal Piala EFL – dimana Liverpool terwas 3-2 kepada Chelsea di perlawanan akhir.
Replika trofi Champions League milik Finnan pula boleh dimiliki dengan harga sekitar £5,000 sehingga £7,000.
Bekas pemain antarabangsa Republik Ireland itu dipercayai membenarkan semua barangan tersebut untuk dilelong selepas syarikat hartanah milik beliau – Finnan Developments – muflis, menurut laporan Liverpool ECHO.
The Times pula melaporkan Finnan sudah tidak bersefahaman dengan saudara kandungnya dikenal sebagai Sean, sehingga syarikat yang berpengkalan di London itu mengalami kerugian mencecah £4.03 juta.
Steve Finnan is selling his 2005 Champions League winner's medal as well as his matchworn Liverpool shirts after reports his property development business has gone into liquidation. #awlfc [mail] pic.twitter.com/HHrxUdWDkV
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) October 18, 2020
Steve Finnan dilaporkan melabut sebanyak £3.6 juta untuk Finnan Development, namun selepas tidak mempunyai persefahaman dengan saudaranya itu, Steve Finnan membawa diri pada Mei 2018 dan menjadi pemilik kepada sebuah lagi syarikat, Wimbledon Developments.
Langkah tersebut bagaimanapun gagal memperbaiki hubungan kedua-duanya, sehingga Sean turut mengalami muflis.
Finnan mempunyai 53 penampilan bersama negaranya, dan turut pernah beraksi bersama Espanyol dan Portsmouth sebelum bersara pada 2010.
Steve Finnan’s having to sell his Instabul winners medal to pay debts.
If I was @LFC id buy it for him and hand it back. Means too much to be in the hands of a collector. pic.twitter.com/hVqbjof3dB
— Dominic McGregor (@DominicMcGregor) October 18, 2020
Dalam perlawanan akhir Champions League pada 2005, beliau telah digantikan pada separuh masa perlawanan untuk memberi laluan kepada Didi Hamman, untuk membenarkan Liverpool bangkit dari ketinggalan 3-0, sebelum menewaskan Milan melalui sepakan penalti.
Finnan turut beraksi dalam perlawanan akhir Piala FA 2006 dimana Liverpool menewaskan West Ham, dan dalam perlawanan akhir Champions League pada 2007 apabila AC Milan membalas dendam kekalahan mereka di pertandingan sama selepas dua tahun.