‘Legenda’ Liverpool Anggap Kedudukan United Hanya Harapan Palsu Dan Bakal Tersungkur Di Akhir Musim

Legenda Liverpool menganggap kedudukan Manchester United di puncak saingan liga hanyalah harapan palsu dan mereka tidak akan memenangi kejuaraan liga musim ini.

Setan merah berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Burnley kemarin dengan keputusan 1-0.

Kemenangan itu membawa mereka ke puncak saingan liga dan mendahului Liverpool dengan kelebihan tiga mata.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer akan berkunjung ke Anfield pada hujung minggu nanti untuk perlawanan dalam saingan premier league.

Ia merupakan pertemuan paling menarik untuk ditonton pada musim ini dengan kedua-dua pasukan kini berada di kedudukan teratas dalam saingan liga.

Namun, bekas pemain midfield Liverpool, Jason McAteer telah mendedahkan kepada Sky Sports bahawa:

“Sebaik sahaja saya melihat Manchester United berada di kedudukan pertama dalam saingan liga, saya sudah tahu ia hanya harapan palsu sahaja.”

“Burley memberi laluan yang sukar untuk mereka namun mereka berjaya menghadapi itu dan menunjukkan sedikit kekebalan. Ia terlihat sudah ada semangat sepasukan yang datang dari Manchester United.”

“Namun, Ole sebenarnya tidak berdepan dengan masalah yang pasukan lain hadapi, terutama sekali dari segi masalah kecederaan pemain musim ini. Dia masih ada ramai pemain yang boleh dipilih untuk bermain.”

McAteer kemudian menyatakan bahawa Manchester United akan terus tersungkur menjelang akhir musim dan hanya Manchester City sahaja yang bakal beri saingan dan cabaran kepada Liverpool untuk rebut kejuaraan liga.

“Menjelang akhir musim nanti, saya rasa Liverpool dan Manchester City akan berlawan habis-habisan. Saya rasa Manchester United akan tersungkur.”

“Ketika kamu melihat keputusan perlawanan mereka, terutama ketika mereka bermain bertemu RB Leipzig, Paris Saint Germain, Manchester City dan Arsenal, mereka gagal menghadapi perlawanan seperti itu.”

“Ia seolah memberi gambaran kepada saya, ketika tiba perlawanan besar, adakah Manchester United mampu untuk melakukannya?”

Menjelang pertemuan pada hujung minggu ini, bekas pengadil premier league, Mark Clattenburg telah memberi amaran kepada Jurgen Klopp supaya tidak menjadi hipokrit tentang penalti.

Pengurus Liverpool itu mengungkit tentang rekod penalti milik United selepas dua sepakan penalti yang sepatutnya mereka menangi ketika bertemu Southampton dinafikan oleh pengadil perlawanan.

“Jurgen Klopp pasti sedang begitu risau sekarang, kerana komen beliau pada minggu lalu berkait Manchester United dan penalti memang tepat kearah kisah Sir Alex Ferguson.”

Tulis Clattenburg di Daily Mail.

“Ia merupakan permainan minda, ia cubaan untuk mempengaruhi pengadil, Paul Tierney dan tanamkan dalam kepala dia sebelum perlawanan besar antara Liverpool dan Manchester United ahad ini.”

“Klopp betul ketika beliau kata United memenangi banyak penalti dalam dua tahun ini berbanding lima tahun setengah karier dia di Anfield.”

“Dia sangat bijak, kerana komen dia tidak akan menyebabkan dia bermasalah dengan pihak berwajib.”

“Tapi mari saya jelaskan, ia tiada konspirasi dari sudut pengadil dan pembantu pengadil. Adakah Klopp menyindir? Atau dia mahu mengatakan bahawa United ada pemain yang berkebolehan untuk dive?”

“Sekiranya dia ada niat seperti itu, maka saya tiada masa untuk semua itu. Jelasnya ia adalah tidak betul.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.