Lee Chong Wei-Lin Dan Rivalry, Permusuhan Terhebat Dalam Badminton Era Moden

Jika di gelanggang tenis ada perseteruan Nadal – Federer, dalam bola sepak pula ada Zidane – Ronaldo, Messi – C. Ronaldo. Di lapangan badminton pula ada Lin Dan – Chong Wei.

Pada 22 Februari 2004, ia menjadi titik tolak kepada kelahiran perseteruan Lee-Lin ini. Lin Dan menang dalam pertarungan pertama mereka dalam pertarungan 3 set.

Dalam pertarungan kedua mereka di Terbuka Malaysia pada 2005, Chong Wei terus membalas dendam dengan kemenangan juga dalam 3 set.

Perseteruan yang digelar Lee-Lin Rivalry oleh pengulas sukan global. Mereka telah bertemu lebih 39 kali di dalam karier mereka. Setiap perlawanan di antara Lee Chong Wei dan Lin Dan dianggap ‘final’.

Lin Dan unggul dengan memenangi 27 daripadanya dan Lee Chong Wei hanya mampu memenangi 11.

Foto – BWF

Sebelum ini, dunia badminton disajikan dengan perseteruan Taufik Hidayat – Peter Gade, sehinggalah 2 pemain generasi lebih muda daripada 2 legenda tersebut mengambil alih perhatian dunia dengan perseteruan lebih berprofil tinggi.

Jika diukur pada jumlah minggu di ranking dunia, sememangnya rekod berat kepada Chong Wei. Ini kerana Lin Dan seringkali mengelak perlawanan kurang prestij. Membuatkan BWF sendiri tidak senang dengan sikap Lin Dan.

Pada April yang lalu, mereka dipertemukan dalam separuh akhir Kejohanan Asia. Dan Lin Dan seperti biasa, seringkali menewaskan Lee Chong Wei dalam pertarungan kedua-dua mereka.

Lee Chong Wei dikenali dengan corak permainan yang lebih tenang dan kemampuan untuk bertahan dengan baik. Lin Dan pula lebih agresif dengan keupayaan untuk menyudahkan smash dengan ketepatan yang tak terjangkau.

Pertarungan Berprofil Tinggi

Pada 2009, Lin Dan menewaskan Chong Wei dalam final All England. 2 tahun kemudiannya Chong Wei pula memenangi All England pada 2011 dengan menewaskan Lin Dan.

Lebih menarik pada tahun berikutnya, Lin Dan kembali memenangi kejuaraan All England menewaskan Lee Chong Wei.

Pada temasya Olimpik 2008 di Beijing, Lin Dan menewaskan Lee Chong Wei di bumi beliau sendiri dengan cara yang sangat ‘kejam’. Lin Dan berterusan menyerang Lee Chong Wei dengan pukulan deras.

Ia diingati sebagai detik terbaik di dalam karier Lin Dan dari segi ‘peak’ dan kualiti beliau. 4 tahun kemudian, mereka bertemu sekali lagi dalam final Olimpik di London.

Lee Chong Wei sekali lagi dinafikan oleh Lin Dan. Lee Chong Wei tampil dengan prestasi terbaik. Namun masih gagal menewaskan Lin Dan.

Dalam temasya Olimpik Rio 2016, Lee-Lin bertemu lebih awal di pusingan separuh akhir kerana ranking Lin Dan yang agak jauh dari Lee Chong Wei.

Lee Chong Wei lebih yakin kali ini dengan rekod 2 kemenangan berturut-turut sebelum pertemuan ini dilakukan Lee Chong Wei ke atas Lin Dan.

Lee Chong Wei tiada masalah untuk mengenepikan Lin Dan. Harapan rakyat Malaysia melihat emas Olimpik kini semakin cerah. Pemain yang 2 kali menghalang Chong Wei daripada emas Olimpik sudah ditewaskan.

Namun malangnya, Lee Chong gagal menewaskan Cheng Long dalam perlawanan akhir. Selepas temasya Olimpik Rio, 2 pertemuan di antara Lee-Lin memihak kepada Lin Dan.

Perseteruan Epik

Itulah serba sedikit tentang perseteruan di antara Lin Dan dan Lee Chong Wei. 130 kejuaraan profesional di antara mereka. 66 kejuaraan oleh Chong Wei dan 64 oleh Lin Dan.

Sebanyak 53 naib juara dicatatkan di antara mereka. 32 oleh Lee Chong Wei dan 21 oleh Lin Dan. Ini bermakna, Lee Chong Wei dan Lin Dan sudah bermain dalam 183 perlawanan akhir dalam sejarah badminton dunia.

Dari segi kejuaraan dan ranking nyata milik Lee Chong Wei. Namun Lin Dan memiliki rekod 2 emas Olimpik dan juga 5 Kejuaraan Dunia yang tidak ada dalam kabinet beliau.

Foto – NBC

Lee Chong Wei menjadi pemain yang paling banyak menang ke atas Lin Dan di dalam sejarah karier Super Dan.

Pastinya akan ada yang mempunyai pendapat masing-masing dalam menentukan perseteruan terbaik dalam sejarah badminton. Namun pada era moden, ‘Lee-Lin Rivalry’ adalah no.1.

Di dalam gelanggang kedua-duanya musuh ketat. Di luar gelanggang mereka berdua adalah sahabat karib. Perseteruan ini dianggap antara aspek penting yang memberikan publisiti kepada sukan badminton di arena sukan dunia.

Foto – BWF

Pada Disember 2014, Lee Chong Wei dianugerahkan dengan pingat ‘China-Malaysia Star of Friendship’ oleh kerajaan China.

Ia telah menjadi jambatan persahabatan di antara badminton China dan Malaysia. Pada masa yang sama, populariti Lee Chong Wei semakin meningkat di China. Ramai rakyat China sendiri yang meminati Lee Chong Wei.

Terima kasih di atas segala episod indah ini Lee-Lin. Kita nikmatilah ia selagi ia ada!

Sumber

Wikipedia – Lee Chong Wei

Wikipedia – Lin Dan

BWF

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.