Lee Chong Wei: Banyaknya Jubur Sampai Rembat 10 Beg Tisu Jamban

Pemain badminton legenda, Datuk Lee Chong Wei sangat kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang mementingkan diri sendiri dan tidak mendengar cakap.

Ada yang membeli keperluan harian sampai lupa dunia. Seterusnya, ada yang tak faham arahan untuk mengurankan pergerakan. Sehingga ada yang balik kampung.

Datuk Lee Chong Wei berkata di facebook miliknya:

“Dua hari lepas, ada khabar angin restriction order berkenaan coronavirus ni. Jadi, Mew Choo pon suruh pergi beli apa yang patut untuk 2 minggu ni. ”

“Wife add maths lagi terrer, so ikut shopping list wife.”

“Family ada 4 orang, ayam 5 ekor, beras 1 bag, sayur 2 minggu, Maggie 2 pack, telor 2 dozen, buah, toilet paper 1 bag.”

“Tapi time I sampai supermarket, aduhai! Ramainyer auntie-auntie makcik-makcik, macam lumba marathon trolly!”

“Kalah Khairul Jantan [pelari pecut negara]! Nasib baik sempat lagi kumpul shopping list wife.”

Seterusnya, Datuk Lee Chong Wei melihat ada seorang mamat ni yang rembat 10 beg tisu tandas di hadapannya. Beliau pun kehairanan.

“Tapi toilet paper I terlambat. Ternganga I tengok mamat depan I tapao [bungkus] 10 beg tisu jamban!”

“Banyaknyer jubur kat rumah. (I ingat masa dulu dalam situasi wabak yang bahaya, air paip pon akan jadi bahaya. Itu sebab tisu tandas jadi penting).”

“Datang satu suara menyeru saya dari belakang, ‘Lee, nah amik beg ni. I terambil dua. Tadi tengok semua berebut tapao wa [saya] pun terikut amik extra, entah kenape, bukan I pakai untuk basuh pon!’.”

“Dia Nazir, sahabat yang tinggal berhampiran. Kita tergelak and catch up sikit. Selepas tu, makin ramai ‘gangster’ troli serbu, I pon terus cabut, sebab I tau virus ni merebak mudah.”

“Kawan sekalian, saya berharap agar jangan cemas menghadapi krisis ini. Simpanlah makanan tapi berpatutanlah bilangannya.”

“Dan I minta tolong semua duduk di rumah jangan keluar sementara ni.”

“Jangan balik kampung macam cuti raya. Kau mungkin ok, tapi yang mati nnt orang tersayang.”

“Percayalah, mimpi ngeri ini akan berakhir. Jangan panik. Kita warga Malaysia tak kira bangsa dan agama berganding bahu, bertolak ansur, tolong menolong, hari itu akan sampai dengan lebih cepat.”

Seterusnya, Datuk Lee Chong Wei turut memberikan penghargaan beliau kepada frontliners di hospital dan juga cashier pasaraya.

Beliau menyatakan, cara terbaik untuk untuk membalas jasa mereka semua pada ketika ini adalah dengan duduk di rumah.

“Kepada frontliners, para doktor, misi [jururawat], kakitangan hospital dan juga cashier pasaraya yang terus berkhidmat dalam masa ini. Terimalah tunduk kehormatan dari saya!”

“Cara paling baik kita membalas budi dan menyumbang, is to #STAYHOME.”

Dalam pada kita mengawal pergerakan kita, bersama sama juga kita mengawal kebodohan kita daripada membuat benda benda yang goblok.