Pemain bekasan dan janda Manchester United, Ashley Young telah menjaringkan gol pertama untuk Inter Milan yang juga gol pertamanya di Serie A.
Namun itu tidak cukup untuk Inter Milan apabila didatangi daripada belakang oleh Lazio dengan semangat kebangkitan yang padu.
Ashley Young sebelum ini telah mencatatkan satu bantuan gol dalam penampilan pertamanya bersama Inter Milan.
Pemain veteran yang bernama muda itu kelihatan sangat girang menikmati persekitaran yang baru di San Siro malah mendapat tempat di hati Antonio Conte.
Ashley Young has now scored more goals (1) and provided more assists (1) for Inter in Serie A this season than he managed for Man Utd in the Premier League.
Big game. Big goal. pic.twitter.com/S4n7TWQ5yN
— Squawka Football (@Squawka) February 16, 2020
Nyata apa yang dipamerkan Young bersama Inter Milan jauh lebih baik berbanding ketika bersama Setan Merah.
Ashleyv Young telah menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-44 melalui satu rembatan voli yang cukup padu.
Ciro Immobile menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-50.
Sergej Milinkovic-Savic memastikan kemenangan menjadi milik kelab Roman itu dengan satu rembatan pada minit ke-69.
Kemenangan ini telah melonjakkan Lazio ke tempat kedua Serie A dengan 56 mata hanya kurang satu mata dibelakang Juventus.
Ini bermakna Inter Milan telah ditendang terus ke tangga ketiga sekaligus menamatkan rentetan 16 perlawanan tanpa tewas di Serie A.
Lazio pula telah meneruskan rentak 19 perlawanan tanpa kalah mereka.
Starting XI: Strakosha (6); Felipe (7), Acerbi (9), Radu (7); Marusic (6), Milinkovic-Savic (9*), Lucas (7), Alberto (6), Jony (6); Caicedo (5), Immobile (7)
Subs: Correa (6), Lazzari (7), Cataldi (6)
Starting XI: Padelli (5); Godin (6), De Vrij (6), Skriniar (7); Candreva (7), Vecino (7), Brozovic (7), Barella (5), Young (7*); Lautaro (5), Lukaku (6)
Subs: Moses (6), Eriksen (6), Sanchez (5)