Ini Latihan Awalan Goku Dan Krillin Dengan Guru Roshi Untuk Menjadi Atlet Tempur

Leo Maestro 2 tahun yang lalu

Siri manga Dragon Ball dianggap komik paling berpengaruh di dunia. Memiliki siri komik ini daripada episod pertama sehingga ke-45 adalah satu kepuasan.

Sukan tempur adalah sukan yang paling diminati oleh Son Goku sejak dari kecil. Awalnya Goku bukanlah terfikir yang hidupnya akan diabadikan untuk menyelamatkan bumi daripada serangan mahkluk jahat yang lain.

BAGAIMANA IA BERMULA?

Baiklah, kita mulakan bagaimana ia bermula. Goku meminta Guru Roshi untuk melatihnya menjadi seorang ‘fighter’. Namun permintaan itu awalnya tidak diendahkan oleh Guru Roshi.

Namun selepas beberpapa ketika, Guru Roshi meletakkan syarat yang dia akan melatih Goku jika budak kecil itu berjaya membawakannya seorang gadis cantik.

Pada awalnya Goku membawa wanita gemuk dan kemudian ikan duyung kepada Guru Roshi. Goku masih belum diterima menjadi murid. Ini kerana Roshi hanya akan melatih Goku jika gadis itu boleh berjalan-jalan bersamanya.

Malangnya, ia seekor ikan duyung yang tiada kaki. Guru Roshi tidak kisah sebab dia mahu mengkaji lebih dalam tentang spesis duyung itu, dia pula pendekar penyu. Ia tak seperti disangka, Guru Roshi ditolak!

Tidak lama kemudian, Goku bertemu dengan Krillin yang juga ingin berguru dengan Roshi. Krillin menghadiahkan Guru Roshi majalah dewasa (adult magazine) untuk merasuah beliau.

Foto – DBZ Club

Namun masih belum dapat, kerana Guru Roshi mahukan seorang wanita bersamanya. Goku dan Krillin akhirnya bertemu dengan gadis yang ada 2 personaliti, Ranchi (Launch).

Ranchi berkarakter baik ketika berambut biru tetapi menjadi ganas dan sensitif untuk menyerang dengan senjata api selepas bersin dan bertukar kepada rambut perang.

Ranchi adalah perompak bank yang dibawa oleh Goku dan Krillin bertemu dengan Guru Roshi. Akhirnya, mereka diterima menjadi murid seni tempur oleh Guru Roshi.

LATIHAN

Guru Roshi ternyata seorang guru yang hebat. Dia memiliki rutin latihan tersendiri. Dia adalah sebab kenapa Goku dan Krillin menjadi ‘fighter’ yang digeruni dalam pertarungan debut mereka.

Latihan fizikal seperti melarikan diri daripada serangan jerung antara yang ada dalam modul. Alasannya untuk meningkatkan kesiapsiagaan serta kepantasan untuk mengelakkan diri daripada ancaman.

Goku dan Krillin dilepaskan dan kawasan perairan yang penuh dengan jerung. Goku dan Krillin juga dilatih untuk mendalami ilmu tempur kuno yang tidak ada di kelas seni tempur yang lain.

Ini antara latihan elit yang diberikan dan sangat cepat menjadikan Goku dan Krillin atlet tempur yang kuat. Segala latihan yang diberikan oleh Guru Roshi kepada mereka bukannya diberikan begitu sahaja.

Ianya berdasarkan keupayaan dan rekod pembelajaran mereka sebelum ini. Goku mendapat latihan peribadi daripada datuknya bernama Gohan. Krillin pula berlatih di Tokong Orin.

Jadi, latihan asas seperti menumbuk, menendang tidak begitu dititikberatkan kerana mereka sudah ada asas. Guru Roshi menekankan latihan untuk kepantasan, ketahanan, ketangkasan dan skil.

Dalam satu ujian kepantasan yang dijalankan oleh Guru Roshi, Krillin mengatasi Goku dengan 10.4 saat. Goku mencatatkan 11 saat. Krillin berkata dia boleh menjadi pelari Olimpik.

Goku meminta untuk berlari sekali lagi dengan kasut lain. Krillin berkata:

“Jangan jadi ‘sore loser’, saya pun tak pakai kasut larian (running shoes).”

Goku menunjukkan kasutnya koyak. Dan kemudian, Goku menggunakan kasut yang lebih elok. Apa akan jadi? Saksikan:

8 saat! Itu catatan terbaru Goku.

Prinsip Kame yang mahu mengatasi keupayaan manusia normal. Guru Roshi pula memberikan sedikit demo kepada anak muridnya dengan membuka cengkerang di belakangnya. Hasilnya:

Berdesup! 5.6 saat. Dan memberitahu, selepas ini, 2 anak muridnya itu akan mampu berlari lebih laju, di bawah 5 saat. Itulah motivasi kepada pelajar-pelajar beliau.

Latihan seterusnya adalah mengadakan perlawanan di antara Goku dan Krillin. Ia bukanlah perlawanan tempur, tetapi perlawaan mencari batu yang dibalingnya ke gaung.

Siapa dapat batu itu dahulu akan dapat makan malam, dan yang kalah terpaksa berlapar.Namun syaratnya, ia harus dilakukan dalam masa 30 minit. Jika gagal, kedua-dua mereka berlapar.

Goku berjaya mendapat batu itu terlebih dahulu namun dirampas Krillin. Jadi, Krillin berjaya menikmati makan malam dan Goku menahan lapar.

Goku dan Krillin ternyata sangat letih dengan modul latihan Guru Roshi. Latihan ini diulang-ulang sehingga mereka menguasainya.

Selepas itu fasa latihan seterusnya adalah melibatkan berat. Goku dan Krillin diminta menggunakan cengkerang penyu seberat 50 pound / 20.22 kilogram dan berlari setempat di dalam air.

Foto – AnimeApps

Antara latihan pelik yang diarahkan oleh Guru Roshi adalah mengarahkan Goku dan Krillin menghantar susu. Tugas itu sebenarnya dilakukan seorang lelaki berwajah kambing menggunakan helikopter.

Mereka harus bangun 4.30 pagi dan berjogging untuk mengambil susu dan menghantarnya kepada semua orang di pulau tesebut yang hanya berpopulasi 300 orang.

Setiap tempat yang mereka hantar susu, Goku dan Krillin akan belajar ilmu baru. Ia bukan tugas mudah dengan permukaan pulau yang berbukit-bukau. Modul latihan ini penting untuk stamina, ketahanan (endurance), keseimbangan (berjalan di atas titian kecil).

Pernah sekali mereka dikejar T-rex. Ia salah satu cara mereka meningkatkan kepantasan mereka. Selepas itu, Goku dan Krillin diminta membajak tanah dengan menggunakan tangan. Ianya untuk menguatkan tangan yang penting bagi seorang atlet tempur.

Untuk mendisiplinkan mereka, Guru Roshi akan mengenakan beberapa denda. Antaranya, Goku pernah diikat dekat dengan sarang tebuan. Sarang tebuan dipukul dan Goku harus menahan sengatan tersebut.

Itu antara model rutin latihan Goku pada usia awal sebelum beliau menjadi manusia terkuat di muka bumi dalam komik manga Dragon Ball Z.

Apa yang boleh kita pelajari, untuk menjadi atlet tempur yang hebat ia perlukan disiplin dan menghormati guru/jurulatih.

Seterusnya, motivasi untuk berjaya juga sangat penting. Goku dan Krillin kemudian berjaya mempelajari banyak perkara yang lebih ‘advance’ termasuk jurus kamehameha daripada Guru Roshi.

Tidak ada kejayaan dan kehebatan itu terus datang bergolek tanpa usaha dan langkah pertama!


SHARE ()