Lihat Larian 100M Rekod Kebangsaan Watson Nyambek Yang Tidak Diiktiraf

Nama Watson Nyambek bukanlah nama yang asing dalam arena olahraga negara.

Pelari dengan nama jolokon ‘The Flying Dayak’ itu pernah memegang rekod kebangsaan 10.30 saat selama 18 tahun, sebelum ianya dileburkan oleh pelari pecut negara Khairul Hafiz Jantan pada 2016.

1998 adalah tahun terbaik dan merupakan tempoh prestasi terbaik Watson dalam arena olahraga, khususnya untuk acara 100 meter.

Perseteruan beliau dengan seorang lagi pelari pecut, Azmi Ibrahim turut mewarnai kancah olahraga negara pada masa itu.

Nama Watsons sebenarnya mulai menjadi sebutan apabila beliau memecahkan rekod kebangsaan milik Datuk M. Jegathesan yang berusia hampir 29 tahun iaitu pada catatan 10.46s yang direkodkan pada Sukan Asia 1966.

Selepas itu, Watson tidak lagi menoleh ke belakang kerana satu demi persatu rekod kejohanan trek dipecahkannya dan yang terakhir adalah rekod kebangsaannya sendiri iaitu 10.30s yang dihasilkan di Terbuka Malaysia pada 1998.

https://www.facebook.com/tvsarawaksports/videos/2536396389932641/?__xts__%5B0%5D=68.ARBXkHRcbkVN96aI-1nZvfvAyh0mOn-zB453nVqu2Obo6hs4vvxiEh0HWJhtiSSOOONOOoIVKD2MXfRQHLA4TX7WDBPdh9x9aa0USKkUh4hxrKRfJNcF7W2fEwfrsSwDL_3Q4AheBvuPf1lKamrRyldveajM4MfYGBfwQTjbQ5sALACA01iN4pv0EZrcigPJjS-22oajrUL4mX7gUM6tr-XGVDezlj0cvAdqSHAdDZGK1NeQXiZ_oucMyKwUKHhcb-0Yf58ahlfMdyxUObU9zTQQRP_cGlyZj2k4Fi1rcplS6QUUnIzAVn-2g9HHFksoHUAetOJGN6ZCTUHkrvBEHVAikE3uzSX8soVmLwmUVTIg0eyy8mzSbk8aT4pKQo8rNdsrTrercQeIQEuG_9XOkbDAdGaNgZU_-rOqb4qo2O-XsC8h-vw02u5GW6zkBPIokdfmW-DIt3bFLtS_8hyE1IISQ8C300yykal7qEfTZaxw6-rz433_ER7agfYTfmyq1QEKnA&__tn__=H-R

Anak Iban kelahiran Sarawak ini juga dua kali tampil sebagai  Olimpian iaitu Sukan Olimpik di Atlanta (1996) dan Sydney (2000). Ketika di Atlanta beliau telah mencatatkan rekod 10.55s dan Sydney pula 10.61s.

Disebalik kegemilangan Watson Nyambek pada tahun 1998 mungkin ramai yang lupa bahawa “Carl Lewis” versi Malaysia ini pernah menghasilkan larian dengan catatan 10.20s di Sukan Asia Bangkok, Thailand.

Namun begitu ianya “tidak diiktiraf” kerana dikatakan faktor angin ketika itu banyak membantu beliau.

Kita imbas kembali larian tersebut melalui klip yang kami sediakan melalui artikel ini.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.