Frank Lampard berkata ia adalah idea mengarut untuk memberikan keutamaan kepada pemain Premier League untuk diuji wabak Kov-19, berbanding dengan pekerja barisan hadapan yang berhadapan dengan situasi tersebut secara langsung setiap hari.
Selepas mesyuarat membabitkan semua pihak berkepentingan pada Jumaat lalu, Premier League mengeluarkan kenyataan tetap mahu meneruskan saingan pada musim ini sehingga tamat.
Namun idea tersebut hanya akan dilaksanakan apabila situasi benar-benar selamat.
Laporan dari media berkata rancangan awal ialah untuk memulakan kembali saingan pada pertengahan Jun di venue neutral yang akan ditetapkan.
"When we look around the world, it doesn't sit well with me if people on the frontline aren't getting tested."
Frank Lampard is open to football resuming but if testing 70/80 at the training ground takes away from those in need he wouldn't be too keen…#EarlyKickOff pic.twitter.com/YRCevImTfE
— Football on BT Sport (@btsportfootball) May 2, 2020
Rancangan tersebut dinamakan sebagai ‘Project Restart’ dan turut mendapat sokongan daripada Kerajaan UK.
Laporan turut berkata semua pemain, jurulatih dan staff yang terlibat akan terlebih dahulu disaring untuk wabak, namun Lampard berpendapat ia adalah idea yang mengarut jika membelakangkan kakitangan barisan hadapan.
“Idea mengenai kesihatan dan keselamatan pemain adalah perkara yang luas,” ujar Lampard kepada BT Sport.
“Penduduk negara ini mengamalkan penjarakan sosial dengan baik, tetapi kita amat terdesak untuk sukan ini yang melakukan kontak secara langsung dijadikan sebagai tempat eskapisme.
“Jadi bagaimana kita berkata bahawa kita tidak mengambil risiko?
“Kami [Chelsea] pun sudah mempunyai 70 atau 80 kakitangan di Cobham, minimum. Jika kita mahukan saingan dimulakan kembali, dan melakukan ujian saringan secara kerap, maka itu okaylah.
Frank Lampard insists it would not 'sit well' with him or the public if Premier League stars get coronavirus tests before frontline NHS staff and key workers https://t.co/OW4Tl9pegL
— MailOnline Sport (@MailSport) May 2, 2020
“Tetapi apabila kita melihat ke seluruh dunia – dan saya tidak pasti berapakah jumlah saringan yang telah dilakukan kepada petugas barisan hadapan.
“Mereka ini telah berkorban melakukan tugasan mereka dengan baik sekali selama dua bulan – saya tidak berpendapat idea [saringan kepada pemain dan staff pasukan] itu adalah satu keperluan.
“Ia bukan sahaja tidak betul pada saya, tetapi untuk sesiapa sahaja jika kita tidak memastikan mereka yang berada di barisan hadapan terlebih dahulu diberikan peluang untuk menjalani saringan.
“Semua ini penting sebelum bola sepak boleh dimulakan kembali.
“Selepas itu barulah kita bercakap mengenai isu dalam bola sepak, seperti venue neutral, dan pemain yang bakal tamat kontrak.
“Kami sendiri berhadapan dengan situasi tersebut dengan beberapa pemain. Jadi ada banyak perkara yang boleh menjadi isu dan perlu diselesaikan terlebih dahulu buat masa ini.”