Frank Lamoard mengakui pasukannya belum cukup bagus untuk bersaing dengan pasukan seperti Bayern Munich di hadapan penyokong mereka sendiri.
Dalam aksi Liga juara-juara Eropah pada awal pagi tadi, Chelsea telah dibedal oleh Bayern Munich dengan keputusan 0-3, menyaksikan kekalahan The Blues.
Lampard berkata kepada wartawan, Chelsea adalah pasukan yang lemah dan mentah di dalam aksi berhadapan dengan Bayern Munich.
Ternyata Bayern telah mengajar Chelsea cara bermain bola sepak Eropah yang sebenar.
Sepanjang perlawanan, Chelsea berhadapan kesukaran untuk keluar dari tekanan Bayern.
Tuan rumah hanya mencatat penguasaan bola 37%. Seterusnya The Blues Hanya melepaskan sembilan percubaan ke arah gol dengan tiga yang on target.
Sementara itu, Bayern pula dengan riang gembira melakukan 16 tembakan ke arah gol dengab enam on target. 3 gol dihasilkan.
“Frank Lampard berkata: “Aksi kami buruk dan kadangkala kamu harus jujur, sejujur-jujurnya.”
Lampard:
‘Sometimes you have to be brutally honest about. They outclassed us in pretty much every department. It’s quite sobering. […] It’s a reality check for the work that needs to be done here [and] there’s a lot to be done.’#CFC https://t.co/Rjv1aigV3V
— WAGNH (@WAGNH_CFC) February 25, 2020
“Bayern Munich mengungguli kami di setiap bahagian dan itu cukup mendedahkan hakikat bahawa kami masih jauh di belakang untuk sampai ke tahap mereka.”
“Level pasukan mereka menunjukkan kenapa mereka mencabar gelaran di Bundesliga dan Eropah dari tahun ke tahun.”
“Saya kecewa kami tak mampu melakukan lebih baik lagi dalam beberapa situasi.”
“Kami harus menerima hakikat pasukan kami masih mentah dan perlu bekerja keras untuk kembali ke level yang ingin kami capai. Di mana dahulu kami (Chelsea) bermain di UCL, Dan wajib untuk pergi ke separuh akhir, final dan kemudian menjuarainya.”
Laporan Perlawanan
Saingan peringkat kumpulan Champions League 2019/20 telah pun tamat dan kejohanan teragung di Eropah ini kembali bersambung di peringkat kalah mati.
Chelsea turun berdepan Bayern Munich di halaman mereka sendiri Stanford Bridge untuk perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.
Peringkat kalah mati ini menemukan 16 pasukan terbaik yang menjadi juara kumpulan dan naib juara kumpulan.
Robert Lewandowski has now played 630 minutes of Champions League knockout football without scoring a goal.
The equivalent of seven matches. 😳 pic.twitter.com/Xob0ChlLMr
— Squawka Football (@Squawka) February 25, 2020
Chelsea menurunkan Willy Caballero sebagai penjaga gol utama mereka, Kepa akan berada di tepi padang membantu Lampard sebagai pengurus kedua pasukan Chelsea.
Bayern menyerang kubu Chelsea bertubi-tubi dari kiri ke kanan padang namun tidak berjaya menjaringkan sebarang gol. Pada minit ke 15 rembatan padu dari Lewandowski terkena tepat dibahagian dada Caballero. Merah juga muka dia menahan sakit.
Pada minit ke-34 gawang Chelsea hampir dibolosi tetapi mujur saja tandukan bijak dari Muller hanya terkena palang gol mereka. Di hujung babak pertama Alonso juga hampir saja menewaskan Neuer hasil dari rembatan padu beliau.
Great counter from Chelsea, which ultimately ends in Neuer needing to make a good save to keep out Alonso's shot.
The noise levels at the Bridge just went up a notch! 🙌
🔵 0-0 🔴 [44'] #CHEBAY pic.twitter.com/OrgiYniwPN
— Chelsea FC (@ChelseaFC) February 25, 2020
Tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang aksi di babak pertama perlawanan selain dari aksi saling berbalas serangan antara kedua pasukan ini yang masih gagal menjaringkan gol.
Selain dari babak serang menyerang, aksi Mason Mount jatuh tersepak kaki sendiri adalah aksi paling menarik untuk babak pertama perlawanan ini dengan tamat separuh masa terikat tanpa jaringan.
Still 0-0, but we ended that first half strongly. 👊
Thoughts? 🤔#CHEBAY pic.twitter.com/aJOGDf0cUZ
— Chelsea FC (@ChelseaFC) February 25, 2020
Bermula babak kedua perlawanan pasukan Bayern tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pertama mereka hasil permainan satu dua antara Gnabri dan Lewandowski yang disudahi oleh Gnabri pada minit ke-51 perlawanan.
Selang tiga minit selepas itu gandingan dua pemain ini sekali lagi merobek gawang Chelsea untuk kedudukan 2-0. Gnabri menerima hantaran dari Lewandowski dan menolak bola ke sudut kiri gawang Chelsea untuk menjaringkan gol ke dua beliau.
Serge Gnabry has now scored five Champions League goals this season:
⚽️ vs. Spurs
⚽️ vs. Spurs
⚽️ vs. Spurs
⚽️ vs. Spurs
⚽️ vs. ChelseaAll of them in London. pic.twitter.com/zalqj0JvMP
— Squawka Football (@Squawka) February 25, 2020
Gnabri telah menjaringkan enam gol dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini dan kesemua gol itu dijaringkan di london.
Bayern menambah duka Chelsea dengan menjaringkan gol ketiga mereka pada minit ke-76 hasil dari larian kencang Alphonso Davies yang menewaskan dua pertahanan Chelsea lalu melereng bola yang cantik untuk disudahi oleh Lewandowski.
Lewandowski telah menjaringkan 11 gol dalam enam perlawanan di kejohanan Champions League musim ini. Dan yang paling banyak beliau capai dalam satu musim Champions League sepanjang kariernya.
Robert Lewandowski has now scored 11 goals in six Champions League games this season, the most he has managed in a single UCL campaign in his career.
Lewy smashes another PB. 🤜💥🤛 pic.twitter.com/RJnUOdBicB
— Squawka Football (@Squawka) February 25, 2020
Derita Chelsea nampaknya berpanjangan apabila mereka harus menghabiskan baki 10 minit perlawanan dengan kekurangan seorang pemain apabila Marcos Alonso di buang padang.
Perlawanan berakhir dengan Kemenangan Bayern tiga gol berbalas kosong. Dan Bayern akan menjadi tuan rumah untuk perlawanan kedua pusingan 16 menentang Chelsea di halaman mereka sendiri nanti dengan berbekalkan 3 gol dari tempat lawan.
Senarai pemain utama Chelsea
Willy Caballero, Cesar Azpilicueta, Andreas Christensen, Antonio Rudiger, Reece James, Jorginho, Mateo Kovacic, Marcos Alonso, Mason Mount, Ross Barkley, Olivier Giroud.
Pemain simpanan Chelsea
Kepa Arrizabalaga, Kurt Zouma, Emerson, Billy Gilmour, Tammy Abraham, Willian, Pedro.
Senarai pemain utama Bayern Munich
Manuel Neuer, Alphonso Davies, David Alaba, Jerome Boateng, Benjamin Pavard, Thiago Alcantara, Joshua Kimmich, Kingsley Coman, Thomas Muller, Serge Gnabry, Robert Lewandowski.
Pemain simpanan Bayern Munich
Sven Ulreich, Alvaro Odriozola, Lucas Hernandez, Philippe Coutinho, Leon Goretzka, Corentin Tolisso, Joshua Zirkzee.