Pengendali pasukan Chelsea, Frank Lampard tidak dapat menerima kenyataan pasukannya seri di tangan pasukan tidak ternama, Bournemouth.
Ini ibarat satu keputusan seri yang tidak bermaruah bagi pengurus yang dikenali dengan ketegasannya di dalam pengurusan.
Lampard memang tegas sejak mengendalikan Derby County Lagi. Cuma ramai yang tak kenal.
Dalam aksi kali ini Frank Lampard menyisihkan Kepa Arrizabalaga sekali lagi dan menurunkan penjaga gol yang persis Joni Dosa.
Chelsea bergelut sepanjang separuh masa kedua dan memerlukan gol minit akhir Marcos Alonso untuk menyelamatkan pasukan Chelsea daripada kekalahan yang memalukan.
Bournemouth menjaringkan 2 gol pada awal separuh masa kedua menerusi Jefferson Lerma dan Joshua King.
Chelsea sebelum sebelum itu terlebih dahulu mendahului Marcos Alonso.
Lampard berkata: “Kami sepatutnya menang perlawanan ini. Ini kerana kami ada banyak sekali peluang gol. Namun kita ada 10 minit yang sangat teruk dan mereka berjaya menjaringkan gol. Saya tak sukakannya.”
Lampard kemudian menyatakan beliau gembira dengan reaksi pasukannya ketika ketinggalan. Yang menurut beliau, menunjukkan kesungguhan untuk mengelakkan diri daripada tewas.
“Saya gembira dengan karakter kami ketika ketinggalan dan dalam usaha mendapatkan seri. Namun saya merasakan, kami berhak memenangi perlawanan ini.”
Lampard says it is mixed emotions because he is happy with the reaction when we went behind but he thinks overall we should have won. #BOUCHE
— Chelsea FC (@ChelseaFC) February 29, 2020
Lampard turut mempersoalkan fokus pada pemainnya di atas padang yang menurutnya mudah sangat hilang fokus. Misalnya dalam aksi berhadapan dengan Bayern Munich mereka melepaskan 2 gol dalam masa yang dekat dekat.
Chelsea manager Frank Lampard feels his side should have won having created "many chances" to score. #BOUCHE https://t.co/LuyYqjTil9
— Sportstar (@sportstarweb) March 1, 2020
Begitu juga dalam aksi ini, di mana Chelsea bocor dua kali dalam masa beberapa minit.
Chelsea kini hanya 4 mata di atas pasukan pilihan juara, Manchester United.
Man United kini berpeluang merapatkan jurang mata kepada hanya 1 mata selepas menang menentang Everton pada aksi hari ini.