Chelsea tewas 0-1 di tangan Valencia, dalam perlawanan pembukaan UCL musim ini. Kekalahan di Stamford Bridge itu mungkin boleh dielak jika Ross Barkley menyempurnakan penalti beliau.
Kegagalan Barkley menyudahkan penalti tersebut telah mengundang kecaman daripada beberapa penyokong Chelsea yang tidak berpuas hati.
Ramai yang berang dengan tindakan Barkley yang dikatakan telah merampas tugasan daripada Jorginho dan Willian.
Nightmare for Ross Barkley. On as sub, insisted on taking the penalty when Jorginho and Willian wanted it. In-form Tammy Abraham right there too. “No, no”… Annoyed Willian stays to pull socks up in front of him…. Barkley fires penalty over bar. Chelsea 0-1 Valencia FT. #cfc pic.twitter.com/Pj9BmEEPAt
— Jacqui Oatley (@JacquiOatley) September 17, 2019
Jorginho merupakan pengambil sepakan penalti untuk Itali dalam tugasan antarabangsa yang lalu. Manakala Willian antara pakar situasi bola mati.
Barkley kemudiannya gagal menyempurnakan sepakan tersebut.
Frank Lampard mempertahankan Ross Barkley dengan menyatakan: “Saya sendiri pernah berada di tempat itu, dan pernah gagal menyempurnakannya.”
"I've been in that territory, I've taken penalties, I've missed them. It comes with the territory."
Frank Lampard comes to the defence of Ross Barkley after his disappointment from the spot at Stamford Bridge. pic.twitter.com/Lgoer1QU62
— Football on BT Sport (@btsportfootball) September 17, 2019
Lampard kemudian mengesahkan bahawa, Ross Barkley memang petugas utama untuk sepakan penalti Chelsea, jika beliau ada di atas padang.
Jadi, tiada isu beliau cuba merampas bola daripada Jorginho mahupun Willian. Lampard juga menafikan beliau tidak menentukan siapa pengambil utama sepakan penalti. Ini selepas insiden di antara beberapa pemain yang mahu melakukan tuhasan itu.
Jelas sekali, Ross Barkley adalah 1st taker untuk mereka.
Malah, pemain-pemain lain seharusnya menghormati tugasan tersebut dan tidak memberikan tekanan kepada Barkley.
“Ross adalah pengambil sepakan penalti utama apabila beliau bermain dalam perlawanan.”
“Beliau mengambilnya dan gagal menyempurnakannya, jadi timbullah cerita yang ‘hebat’ apabila merasakan ada perebutan antara pemain.”
“Jika beliau sempurnakan penalti itu, cerita itu tidak akan muncul, itu sahja.”
Lampard menafikan ada perbalahan di bilik persalinan Chelsea. Setiap pemain menerima apa yang berlaku sebagai satu pasukan.
Frank Lampard insists there is ‘no dressing room issue’ after Ross Barkley misses penalty https://t.co/lQu8RJzfyu
— Indy Football (@IndyFootball) September 17, 2019
Chelsea selepas ini akan berhadapan dengan Liverpool dalam saingan EPL. Pertarungan yang pasti menjadi tumpuan. Lebih-lebih lagi kedua-dua pasukan tewas dalam aksi UCL pada pertengahan minggu.