Pengurus Chelsea Frank Lampard akhirnya tampil dengan pendedahan bagaimana Chelsea berjaya menandatangani Timo Werner pada musim panas ini.
Bekas penyerang RB Leipzig tersebut mengesahkan perpindahan ke Stamford Bridge pada Jun lalu, walaupun penyerang antarabangsa Jerman itu dikaitkan dengan Liverpool sejak setahun lamanya.
Werner bagaimanapun yakin untuk menyertai The Blues selepas mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan Lampard dan Petr Cech.
🗣️ Lampard on signing Werner: "You understand that when there is competition from the likes of Liverpool and Manchester City that you need to state your best case to the player.
"With a player like Timo, we were very keen to bring him in. He needs to feel that from us." 🥰 pic.twitter.com/bPhPFHrCCw
— Goal (@goal) September 13, 2020
Pengurus Chelsea itu dikatakan memberikan perancangan penuh kepada Werner dan menjelaskan betapa Chelsea amat memerlukan khidmat beliau.
“Anda harus tahu bila ada persaingan [untuk Werner] daripada kelab seperti Liverpool dan Manchester City, maka anda harus menampilkan hujah terbaik untuk meyakinkan pemain itu,” kata Lampard.
“Untuk pemain seperti Timo [Wener] kami amat mahukannya. Dan beliau harus merasai perkara itu sendiri dari kami. Saya sukakan apa yang dia katakan kepada kami, begitu juga dengan apa yang pemain lain katakan.
Arrival of Kai Havertz and Timo Werner raises stakes for Frank Lampard | @jonawils https://t.co/ogO1KEi6am
— Guardian sport (@guardian_sport) September 12, 2020
“Perbualan pemain-pengurus amat penting kerana hubungan kedua-duanya perlu sentiasa bagus. Apa yang boleh anda lakukan ialah yang terbaik sebai sebuah kelab.
“Saya berpendapat kami [Chelsea] harus gembira kerana berjaya membawa masuk pemain dengan kualiti seperti ini. Inilah cara kami mahu bekerja.
“Peringkat seterusnya ialah memastikan mereka cepat menyesuaikan diri dan menampilkan aksi terbaik di atas padang.”
Chelsea spent £12 million rebuilding the attack using the funds Eden Hazard left by bringing in Hakim Ziyech, Timo Werner and Kai Havertz.
£12 million. pic.twitter.com/CKp5tYJrpA
— FutbolChelsea (@FutbolCheIsea) September 7, 2020
Werner sebelum ini pernah secara terbuka memuji Liverpool dan melahirkan kekaguman terhadap hasil kerja Jurgen Klopp.
Ianya juga bukan rahsia lagi Klopp mahukan penyerang itu sebagai tambahan kepada gandingan Sadio Mane, Roberto Firmino dan Mohamed Salah.
Namun demikian harga pemain tersebut mungkin menjadi penghalang buat Liverpool yang tidak sanggup melabur mewah setelah berbelanja besar untuk pemain seperti Virgil van Dijk dan Alisson Becker sebelum ini.