Chelsea mengalami kekalahan kedua berturut-turut di Stamford Bridge. Pengurus Chelsea, Frank Lampard mencabar agar para pemainnya selepas ini menunjukkan personaliti mereka yang sebenar.
Chelsea tak cukup kejam ke atas lawan mereka yang dianggap bukan pasukan pilihan dalam perlawanan seperti ini.
Chelsea dikejutkan Southampton dengan kekalahan 0-2 di tempat sendiri. Ini kali pertama Chelsea kalah dalam 2 perlawanan berturut-turut di tempat sendiri sejak 2011.
Keputusan ini pastinya sangat teruk kerana Chelsea terus mempersia siakan peluang untuk menjarakkan diri daripada pesaing di bawah mereka untuk merebut slot 4 teratas.
Lebih teruk pasukan seperti Man United dan Spurs turut menang dalam aksi Boxing Day mereka.
Pemain muda Southampton, Michael Obafemi meletakkan pasukan yang bergelut nak keluar daripada zon penyingkiran, Southampton di hadapan pada separuh masa pertama.
Ini merupakan perlawanan yang Chelsea melakukan shot ke arah gol paling sedikit sejak era Frank Lampard.
Kemasukan Mason Mount memberikan tambahan tenaga di tengah. Namun dengan baki 20 minit lagi perlawanan, Nathan Redmond memastikan pasukannya menang dan membawa pulang 3 mata yang sangat berharga.
Chelsea kini tewas lima daripada tujuh perlawanan. Tiga kali kalah dalam masa sebulan, buat kali pertama sejak 2015.
Lampard berkata: “Kami menguasai perlawanan namun kami tak cukup tajam ketika memiliki penguasaan bola di sekitar kotak penalti.”
“Rasanya ini telah menjadi cerita kita dalam beberapa siri perlawanan musim ini. Kita perlu bermain lebih baik untuk memperbaiki rekod di tempat sendiri. Kita harus mencapai keputusan lebih baik di halaman sendiri.”
Lampard on his team's personality https://t.co/p4iCPBlCCq
— Chelsea FC News (@Chelsea_FL) December 26, 2019
“Apa yang kami kena lakukan adalah, pemain di atas padang, sesiapa sahaja perlu untuk mencipta dan menjaringkan gol. Saya tahu itu perkara paling sukar di dalam bola sepak. Namun itu adalah cabaran untuk kita kita semua.”
Lampard kecewa kerana pasukannya tidak menunjukkan karakter melawan tidak mampu memberikan respon yang lebih kuat ketika ketinggalan.
Chelsea berlari, kurang 5 kilometer daripada pasukan lawan mereka Southampton. Kepa Arrizabalaga menafikan beberapa percubaan pasukan lawan. Jika tidak Chelsea akan mendapat malu lebih besar.
Chelsea kekurangan kreativiti dan tenaga di bahagian serangan. Jelas mereka tidak bermaya dalam perlawanan ini.
Lampard mahu pasukannya lebih lasak dan lebih keras di atas padang sama ada dari segi permainan dan personaliti.
“Kita mendapati apabila pasukan lawan menutup ruang dan menyukarkan pergerakan kita, kita akan sukar untuk bermain. Itu perkara yang kita harus perbaiki. Kita harus lebih lasak, keras dan cepat bangkit.”
“Personaliti adalah perkara yang sangat penting dalam bola sepak. Kamu jangan biarkan ia menewaskan kamu.”
Lampard mahu para pemainnya menunjukkan personaliti dan karakter seperti yang mereka tunjukkan ketika berhadapan dengan Spurs tempoh hari.
Lampard: "Personality cmaes in a lot of different ways. We saw it in a nice mix against Tottenham." Says it was lacking here.
— Dan Levene (@danlevene) December 26, 2019