Lionel Messi mengamuk teruk di dalam perlawanan ini bersama dengan pemain yang dikecam kerana tak mampu menimang bola dengan betul iaitu Martin Braithwaite.
Messi sebelum ini mulai dibahan kerana sudah beberapa perlawanan gagal menjaringkan gol.
Ianya tidak mematahkan semangat Messi untuk meledak gol dan kembali bersaing dalam senarai pesaing untuk kasut emas Eropah musim ini.
Barcelona kitai Eibar
Barcelona turun berhadapan dengan pasukan bukan pilihan Eibar. Hasrat Barcelona adalah untuk menang dan memberikan tekakan kepada Real Madrid di puncak liga.
Barcelona ternyata berada di kelas tersendiri. Ini apabila mereka memulakan pembelasahan ke atas Eibar pada minit ke-14 menerusi gol pembukaan Lionel Messi.
Tidak lama selepas itu, Messi kembali lagi seperti Tora datang lagi dengan permainannya. Messi melakukan larian persis Watson Nyambek dari sebelah kiri dan merembat dengan leretan jahat yang hanya mampu membuatkan penjaga gol mengucap panjang.
Hatrik Messi tiba pada minit ke-40 selepas beliau menyempurnakan peluang yang gagal disempurnakan oleh rakannya Antoine Griezmann.
Messi kini menjadi lelaki paling banyak gol hatrik di dalam kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.
Messi mencatatkan 48 hatrik di dalam kariernya setakat ini.
Hat-trick king Messi 👑 pic.twitter.com/SxrRdkhwWm
— Goal Malaysia (@Goal_MY) February 22, 2020
Messi mengatasi rekod yang dicatatkan oleh Cristiano Ronaldo dengan 47 hatrik.
Separuh masa kedua, Eibar terus merelakan dirinya dinodai oleh Barcelona yang sudah sangat bernafsu.
Setien masukkan senjata ampuh
Quique Setien membuka setin lagi stok barang baik beliau, dengan memasukkan Martin Braithwaite. Jelas sekali Barcelona tiada belas kasihan kepada pasukan lawan.
Braithwaite menggunakan seni abstrak yang sukar difahami dengan melakukan assist padu kepada Lionel Messi.
Beliau menari nari dengan kakinya seolah olah gerakan Tiara Jacquelina dalam Puteri Gunung Ledang.
⚽️ Messi
⚽️ Messi
⚽️ Messi
⚽️ Messi🅰️ Braithwaite
🅰️ BraithwaiteDream team 🌟 pic.twitter.com/35TmFmzk7R
— Goal (@goal) February 22, 2020
Messi sangat gembira dan bangga dapat kesempatan bermain bersama dan Braithwaite sebelum beliau bersara.
Braithwaite kemudian menutup mulut pengkritik dengan satu lagi assist yang memukau.
Sudah lama anak Denmark tidak menunjukkan taring bersama Barcelona.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan berharga dan penuh dengan karakter dengan jaringan 5-0 dicatatkan oleh gergasi Catalan itu.
Kemenangan ini mengembalikan Barcelona ke tempat teratas carta La Liga selepas Real Madrid buat kelakar dengan tewas di tangan Levante.
Barcelona akan berhadapan dengan Napoli dalam aksi kalah mati UCL selepas ini. Ianya disusuli aksi panas berhadapan dengan Real Madrid dalam el clasico.
Line up
Barcelona XI: Ter Stegen; Semedo, Pique, Lenglet, Junior; Rakitic, Busquets, Arthur, Vidal; Messi, Griezmann.
Subs: Neto, Braithwaite, Sergi Roberto, De Jong, Umtiti, Ansu Fati, Akieme.
Eibar XI: Dmitrovic; Tejero, Burgos, Arbilla, Cote; Diop, Edu Exposito, Escalante; Orellana, Inui, Sergi Enrich.
Subs: Sergio Alvarez, Yoel Rodriguez, Oliveira, De Blasis, Cristoforo, Pedro Leon; Quique Gonzalez