La Liga 2019/20: Levante 1 Real Madrid 0

Real Madrid melepaskan singgahsana mereka di dalam carta liga selepas dibogel dan dimalukan oleh Levante dalam aksi La Liga semalam.

Lebih teruk apabila musuh utama mereka Barcelona menang 5-0 ke atas lawan mereka dalam aksi lebih awal.

Perlawanan yang menyaksikan Lionel Messi menjadikan Eibar sebagai taman permainannya untuk meledak 4 gol.

Real Madrid terciduk

Real Madrid menerima perkhabaran gembira apabila pemain bintang yang mereka beli dengan harga sangat mahal dan beriya sangat nak beli kononnya nak menggantikan Ronaldo iaitu Eden Hazard.

Ini merupakan aksi kedua Eden Hazard selepas berehat panjang 3 bulan kerana kecederaan sebelum ini.

Hasrat Hazard adalah untuk mengiburkan penyokong Real Madrid dengan skilnya.

Real Madrid hampir di hadapan menerusi Karim Benzema namun rembatannya dinafikan penjaga gol.

Tidak lama selepas itu Casemiro melakukan tandukan yang bahaya. Malagnya ia sedikit tersasar.

Hazard memiliki peluang terbaik namun gagal menyudahkannya. Mungkin kerana badannya yang semakin berisi kerana terlalu banyak makan nasi kandar di luar stadium.

Hazard kelihatan agak berisi dalam perlawanan  ini. Sebelum ini dia memberikan jaminan, dia gemuk masa pre season je, tetapi dia cakap dia cepat je turunkan berat badan.

Masalah dia sekarang, berat badan dia lambat turun, tetapi apabila dia turun beraksi, kedudukan Real Madrid dalam carta liga yang cepat turun.

Tambah malang buat Eden Hazard dan Real Madrid, apabila beliau terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.

Difahamkan kecederaan itu adalah pada bahagian yang sama di mana Hazard cedera dan berehat 3 bulan sebelum ini.

Hazard yang baru kembali dalam dua perlawanan  terpaksa diusung keluar padang. Beliau sah akan terlepas aksi berhadapan dengan Manchester City dalam kempen Liga Juara Juara Eropah.

Dan tidak pasti jika beliau mampu kembali cergas sepenuhnya menjelang aksi berhadapan Barcelona dalam el clasico selepas itu.

Hazard digantikan dengan Vinicius Jr. Gareth Bale turut tidak dapat beraksi dalam perlawanan ini kerana sakit.

Levante mendapat gol kemenangan pada minit ke-79 menerusi Jose Luis Morales yang melakukan half volley menewaskan Courtois di near post.

Real Madrid tidak mampu berbuat apa apa dengan gol itu dan hanya menerima sahaja keputusan kekalahan itu.

Real tewas dan kini turun ke tangga kedua dalam carta La Liga. Mereka mempersia siakan peluang untuk kembali ke teratas liga.

Selepas ini aksi panas el clasico pastinya menjadi perlawanan penting buat Real Madrid.

Line Up

Real Madrid starting XI: Courtois, Carvajal, Varane, Ramos, Marcelo, Casemiro, Kroos, Modric, Isco, Hazard, Benzema.

Levante starting XI (TBC): Aitor; Miramón, Postigo, Vezo, Toño; Morales, Campaña, Vukčević, Bardhi; Mayoral, Roger.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.