Kylian Mbappe terkedu melihat bagaimana tajam dan tepatnya penyudah yang dimiliki oleh Benzema ketika mereka sedang menjalani sesi latihan bersama-sama.
Mbappe jelas terpukau melihat kemampuan Benzema ketika bintang Real Madrid itu menunjukkan kualiti penyudahnya dalam sesi latihan.
Penyerang berusia 33 tahun itu kembali menyertai sesi latihan bersama Les Bleus menjelang kejohanan Euro yang akan dilangsungkan pada musim panas ini nanti.
๐ธ Benzema and Mbappรฉ during training today. Creating a strong bond. pic.twitter.com/ONXTnSchHg
โ KMbappeTeam. (@KMbappeTeam) May 31, 2021
Benzema mengumumkan untuk kembali beraksi dalam saingan bola sepak antarabangsa selepas sekian lama beliau berehat.
Aksi terakhir beliau bersama skuad kebangsaan Perancis adalah pada enam tahun lalu dan selepas dari itu, Benzema sudah tidak dipanggil lagi.
Penyerang handalan Real Madrid itu tidak dinafikan bakal menjadi pemain terpenting untuk skuad Didier Deschamps dalam aksi saingan Euro yang akan bermula tidak lama lagi.
Benzema membuktikan kemampuan beliau dengan menunjukkan kualiti penyudah yang sungguh mengagumkan ketika menjalani sesi latihan bersama skuad kebangsaan Perancis semalam.
Mbappe est en admiration pic.twitter.com/uWywmu6dLx
โ ๐ฎ๐ฒ๐ต๐ธ (@Hazem_Salinho) May 31, 2021
Kylian Mbappe yang menyaksikan bagaimana Benzema menunjukkan kualiti penyudahnya itu berasa sangat kagum dan teruja.
Selain Mbappe, bintang Barcelona, Antoine Griezmann juga jelas terpukau melihat bagaimana tajam dan berkualitinya penyudah yang dimiliki oleh Benzema.
Benzema pada musim ini telah berjaya menjaringkan 30 gol dari 46 penampilan dalam semua pertandingan bersama Real Madrid.
Beliau telah digugurkan dari skuad kebangsaan Perancis pada tahun 2015 selepas terlibat dengan scandle ugutan yang melibatkan Mathieu Valbuena.
Valbuena baru-baru ini telah bercakap berkait keputusan Deschamps untuk memanggil semula bekas rakan sepasukannya itu menyertai skuad kebangsaan Perancis.
โJika Benzema boleh memberi sesuatu kepada skuad kebangsaan Perancis, maka ia bagus untuk dia. Semuanya akan terbukti di atas padang ketika dia bermain.โ
๐| Karim Benzema on Kylian Mbappรฉ: "He is a young player, a phenomenon. I was able to train with him, we play in one touch, there is movement, he puts a lot of speed, he is skilful in front of the goal. He's a very, very good player!"๐ซ๐ท pic.twitter.com/PGO31QjkuE
โ Madrid Xtra. (@MadridXtra) May 30, 2021
Jelas bintang Olympiacos itu kepada RMC.
โIa merupakan pilihan pengurus. Bagi saya, Didier akan jadi pemenang dalam apa jua situasi. Sekiranya skuad Perancis menjadi, kita akan katakan yang dia mampu beradaptasi dan jika gagal kita tak akan salahkan dia.โ
โDia tahu macam mana untuk sediakan senarai. Dia sangat bijak tentang itu. Adakah dia ada menghubungi saya tentang keputusannya untuk memanggil semula Benzema? Tidak, saya tak harap apa-apa dari Didier, bahkan dari sesiapa pun.โ
โHari ini, saya jadikan kehidupan saya lebih bahagia, dan saya juga gembira di atas padang. Saya tak ada apa untuk dikomen lagi.โ
๐ฃ๐ต๐๐๐ถ๐ฐ๐ฎ๐น ๐๐ฟ๐ฎ๐ถ๐ป๐ถ๐ป๐ด ๐๐ผ๐ฑ๐ฎ๐ โ๏ธ๐ฅ #Nueve #Charbon #FFF pic.twitter.com/tcAcJD68DT
โ Karim Benzema (@Benzema) May 30, 2021
Benzema sementara itu telah mengakui bahawa penyingkiran beliau dari skuad kebangsaan Perancis sebenarnya satu pengajaran. Beliau bahkan tidak pernah berhenti berharap agar diberi kesempatan untuk kembali beraksi.
โSaya tak pernah berhenti untuk mempercayainya, saya tak pernah menyerah, jika tidak, saya tak akan berada di sini. Saya dahulu sangat kecewa, moral saya jatuh teruk.โ
โMemang banyak halangan, ia sebahagian dari perjalanan karier saya, saya akan selalu lawan, dan itulah yang perlu saya lakukan untuk kembali di sini. Saya berhasil.โ
๐ซ๐ท Training Session: Benzema and Mbappe ๐ pic.twitter.com/TQQ6pcHyFv
โ TheRMadridTV (@TheRMadridTV) May 27, 2021
โSaya memang menyesal dengan segala hal dahulu. Apa saya mahu katakan adalah semua yang berlaku sudah pun berlaku. Memang saya menyesal tapi saya tak boleh kembali ke masa itu.โ
โApa yang paling penting sekarang adalah apa yang telah kamu lakukan di atas padang, saya mahu berikan sepenuh perhatian untuk apa yang boleh saya berikan kepada skuad. Inilah apa yang ada dalam kepala saya sekarang.โ