Kroos Akhirnya Berjaya Hentikan Messi Dengan Berpaut, Melondehkan Seluar Pemain Terbaik Dunia?

Toni Kroos menggunakan cara baru untuk menghentikan Lionel Messi daripada lariannya. Beliau melakukannya dengan menarik seluar Lionel Messi sehingga terlondeh.

Real Madrid berkunjung ke Nou Camp untuk aksi el clasico pertama pada musim ini. Sepatutnya sudah ada el clasico lebih awal tetapi tarikh terpaksa ditangguhkan kerana protes politik di Catalan.

Malah dalam aksi kali ini pun ramai penyokong Barcelona sepanduk memperjuangkan kemerdekaan Catalonia ke dalam stadium.

Kedua – dua pasukan dalam misi untuk menjarakkan mata daripada pasukan masing-masing sebagai pendahulu carta liga.

Aksi yang saling serang menyerang dipamerkan oleh 2 pasukan paling berpengaruh di Sepanayol itu.

Toni Kroos berhadapan dengan banyak aksi gelecekan Lionel dalam kariernya dan tidak satu pun yang beliau berjaya hentikan.

Sehinggalah aksi el clasico pada pertengahan minggu lalu di mana Kroos akhirnya mencuba cara baru untuk menghentikan Messi dengan berpaut pada seluar pemain tersebut.

Namun masih tidak berjaya juga.

Ada yang menggelarkannya teknik sauh. Di mana Kroos menjadikan dirinya sauh, beban, yang menghentikan pergerakkan kapal.

Cara ini mungkin tidak cantik namun Kroos terpaksa melakukannya.

Secara keseluruhannya barisan tengah Real Madrid mengurangkan impak Lionel Messi. Namun teknik Toni Kroos ini telah menjadi perhatian seluruh dunia.

https://twitter.com/AsemahBoadi/status/1207442198410735622

Kroos antara pemain senior dan sudah banyak bermain dalam aksi el clasico. Dan beliau jelas sekali tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan untuk menghentikan Messi, sehingga terpaksa melondehkan seluar pemain itu.

https://twitter.com/GriezyFT/status/1207416694706032640

Namun ada juga yang menganggap tindakan Messi itu adalah troll untuk Toni Kroos untuk menunjukkan kehebatannya kepada pemain tersebut.

https://twitter.com/futbolofmessi/status/1207406223995416583

Valverde antara pemain yang cemerlang menghentikan Lionel Messi pada malam itu. Pemain muda itu antara pemain yang paling menyerlah sepanjang aksi el clasico kali ini.

Zidane ternyata memiliki perancangan yang hampir sama ketika beliau mengawal impak Mbappe sebelum ini.

Messi sudah merekodkan 26 gol di dalam el clasico sepanjang kariernya.

Dengan itu, ianya menjadikan Lionel Messi pemain paling banyak menjaringkan gol dalam el clasico.

Namun dalam aksi di Nou Camp tempoh hari, beliau dan rakan – rakan gagal untuk menyumbat sebarang gol.

Inilah pertama kali el clasico berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam masa 17 tahun.

Gol Gareth Bale turut dibatalkan pengadil kerana ofsaid oleh VAR.

Sergio Ramos kecewa kerana menurut beliau Real Madrid patut mendapat 2 penalti namun pengadil tidak merujuk kepada VAR untuk 2 insiden yang melibatkan Raphael Varane.

Keputusan seri ini menyaksikan kedua – dua pasukan terikat dengan 36 mata selepas 17 perlawanan.

Oleh kerana ini adalah head to head pertama mereka, dan berakhir seri, maka perbezaan jaringan dikira. Jadi Barcelona ada kelebihan sedikit berbanding dengan pasukan bimbingan Zinedine Zidane, Real Madrid.

Aksi cemerlang pertahanan dan penjaga gol kedua dua pasukan membuatkan para barisan serangan buntu untuk mendapatkan gol dalam el clasico.

Sergio Ramos dan Gerard Pique berjaya mengetuai jentera pertahanan pasukan masing – masing untuk mengelakkan daripada dibolosi.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.