Kontrak Luis Suarez Di Barcelona Mengandungi Klausa Manchester United

Luis Suarez sudah pun mengesahkan pemergiannya dari Barcelona dan bakal menyertai Atletico Madrid untuk saingan musim baharu akan datang.

Penyerang antarabangsa Uruguay tersebut sebelum ini hampir sahaja menyertai Juventus, sebelum tuduhan cuba melakukan penipuan ketika peperiksaan memusnahkan impian beliau mendapatkan passport.

Bekas penyerang Liverpool itu akhirnya mencapai persetujuan untuk menamatkan baki kontrak setahun di Nou Camp sebelum menyertai Atletico Madrid.

Manchester United antara dalam blacklisted

Masih menurut AS, sebagai sebahagian dari perjanjian penamatan kontrak dengan Suarez, terdapat beberapa kelab yang disenarai hitam yang tidak dapat menjadi kelab baru pemain tersebut.

Manchester United adalah salah sebuah kelab yang dilarang sebagai destinasi seterusnya buat pemain itu. Perkara tersebut sememangnya terkandung di dalam kontrak Suarez bersama Barcelona.

Selain dari Manchester United, turut berada di dalam klausa tersebut adalah Manchester City, Real Madrid, dan juga Parus Saint-Germain (PSG).

Bartomeu dilaporkan telah menambah nama Atletico Madrid ke dalam senarai.

Ini bermakna kedua-dua kelab mesti secara rasmi mencapai kesepakatan untuk perpindahan Suarez dengan melibatkan yuran perpindahan.

Kesemua kelab ini dilihat sebagai pesaing bagi Barcelona sam ada di pertandingan domestik mahu pun di Eropah.

Tindakan Bartomeu undang kemarahan

AS dari Sepanyol mengeluarkan laporan bahawa Bartomeu secara drastik dan tiba tiba telah menyekat langkah tersebut.

Bartomeu dilaporkan tidak akan menamatkan kontrak Luis Suarez jika dia bergabung dengan Atletico, yang kebetulan merupakan salah satu saingan utama Barcelona dalam Liga Sepanyol.

Ini bermakna Luis Suarez tidak boleh pergi ke sana pada mulanya.

Ramai peminat Barcelona sangat marah dengan Bartomeu yang melayan Suarez tak ubah seperti anjing menurut mereka. Sedangkan pemain itu adalah antara pemain yang boleh dikatakan legenda.

Akhirnya persetujuan tercapai setelah Suarez bertindak mengugut Bartomeu, iatu dengan ancaman pergi ke media untuk berkongsi kesedihannya dan perbuatan tidak peri kemanusiaan Bartomeu.

Tawaran dari Atketico

Atletico Madrid dilaporkan telah menawarkan kontrak selama dua tahun untuk Suarez setelah Alvaro Morata menyertai Juventus secara pinjaman.

Menurut laporan BBC, Atletico Madrid hanya perlu membayar yuran perpindahan minima berjumlah 6 juta euro untuk Suarez, dan pemain itu sendiri akan menerima pemotongan gaji 50% berbanding apa yang diterimanya bersama gergasi Catalan tersebut sebelum ini.

Luis Suarez tidak dapat menahan rasa sedih dan air matanya ketika dia meninggalkan kompleks latihan Barcelona untuk kali terakhir.

Perkara sama juga berlaku ketika beliau membuat ucapan dalam satu majilis perpisahan yang diadakan oleh Barcelona untuk menghargai khidmat pemain tersebut selama ini.

Suarez bermain 283 perlawanan di Barcelona, ​​dia menjaringkan 198 gol. Menjadikan beliau penjaring gol ketiga tertinggi dalam sejarah Blaugrana.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.