Kompilasi Aksi Hantaran Cantik Dari Frank Lampard Sungguh Berbaloi Untuk Disaksikan

Frank Lampard sememangnya terkenal dengan kemampuan beliau yang sering masuk lewat ke dalam kotak penalti dan menjaringkan gol dengan penyudahnya yang sungguh tajam dan tepat.

Walau bagaimanapun, beliau juga sebenarnya merupakan seorang pemain perancang yang sangat bagus dari segi membuat hantaran tak kira sama ada dari jarak dekat mahupun jauh.

Bekas pengurus The Blues itu juga merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Chelsea dengan menjaringkan 211 gol dari 648 penampilan sepanjang kariernya di Stamford Bridge.

Jumlah jaringan yang beliau catatkan itu sememangnya sungguh luar biasa menakjubkan untuk seorang pemain yang bermain di posisi midfield.

Jika berbicara soal pemain midfield terhebat sepanjang zaman dalam saingan premier league, Lampard sering dibandingkan dengan dua bekas seterunya, Steven Gerrard dan Paul Scholes.

Setiap seorang dari ketiga-tiga legenda premier league itu mempunyai kelebihan masing-masing dan tentunya bekas bintang Chelsea itu memiliki kelebihan dari segi jaringan gol dengan rekod yang beliau miliki.

Walau bagaimanapun, kemampuan beliau dalam membuat hantaran juga tidak boleh dipandang enteng dengan Lampard turut sering menghasilkan hantaran yang sungguh berkualiti ketika kariernya sebagai seorang pemain.

Salah seorang peminat Chelsea telah merangkumkan aksi hebat Lampard sebagai pemain perancang dan memuat naiknya di laman twitter.

Melihat kepada aksi-aksi dalam video tersebut, ia jelas membuktikan Lampard sebenarnya mempunyai kemampuan dari segi membuat hantaran yang sungguh menakjubkan.

Tak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Scholes dan Gerrard sendiri akan turut mengagumi beberapa aksi hantaran yang pernah dilakukan oleh Lampard.

Bekas pemain midfield West Ham itu mula menyertai Chelsea pada Jun 2001 dengan yuran perpindahan bernilai £11 juta.

Beliau kemudiannya telah menjadi pemain paling disayangi di Stamford Bridge dan turut berjaya membantu The Blues memenangi pelbagai kejuaraan.

Beliau pernah bergandingan dengan ramai bintang handalan dunia sepanjang kariernya bersama Chelsea, terutama ketika era Roman Abramovich.

Roman Abramovich mengambil alih Chelsea pada tahun 2003 dan beliau kemudiannya telah berjaya membawa Jose Mourinho ke Stamford Bridge setahun selepas itu.

Selain memiliki rekod 200 gol yang sungguh menakjubkan, Lampard turut cemerlang ketika bergandingan dengan pemain seperti Arjen Robben, Hernan Crespo, Didier Drogba dan ramai lagi.

Sepanjang 13 musim beliau bersama Chelsea, Lampard berjaya membantu The Blues memenangi tiga gelaran premier league, empat kejuaraan FA Cup, dua League Cup, Europa League dan gelaran Liga Juara-Juara.

Pada tahun 2014, Lampard telah meninggalkan Stamford Bridge untuk menyertai Manchester City sebelum berkelana ke Amerika Syarikat.

Seperti yang dikatakan awal tadi, jika ada perdebatan tentang midfield terhebat dalam sejarah premier league, Lampard pasti akan dibandingkan dengan Scholes dan Gerrard.

Walau bagaimanapun, sehingga hari ini, masih tidak ada jawapan yang kukuh tentang siapa lebih bagus antara ketiga-tiga legenda tersebut.

Memandangkan ketiga-tiga mereka merupakan pemain kebangsaan England, maka ia sebenarnya satu hal yang sangat sukar untuk pengurus membuat pilihan.

Walau bagaimanapun, kebiasaannya nama Frank Lampard dan Steven Gerrard yang akan dipilih sebagai pemain utama England, manakala legenda United itu pula sering diketepikan.

Namun begitu, ia sama sekali tidak memberi gambaran yang mengatakan bahawa Scholes tak setanding mereka, ia kerana ketiga-tiga legenda itu boleh dianggap yang terbaik dari yang terbaik.

Ketiga-tiga mereka juga merupakan calon untuk dianugerahkan dengan anugerah Hall Of Fame, dengan legenda seperti Thierry Henry dan Alan Shearer terlebih dahulu sudah menerima anugerah tersebut.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.