Legenda Manchester City, yang kini turut merupakan pundit bola sepak telah memberikan amaran kepada Pep Guardiola agar tidak melakukan kesilapan pada Januari ini.
Menurut Kompany, Pep Guardiola harus mengelak membeli sebarang pemain pertahanan pada Januari ini.
Guardiola diramal bakal melakukan pembelian pertahanan untuk menampung isu kecederaan dan penurunan prestasi beberapa pemain.
City kehilangan pemain seperti Aymeric Laporte di pertahanan. Pemain seperti John Stones pula kerap dilanda kecederaan.
Mereka kerap menggunakan bidan terjun seperti Fernandinho untuk beraksi di posisi bek tengah.
Berdasarkan penilaian doktor pasukan Manchester City, Aymeric Laporte bakal kembali dalam masa 2 bulan. Ataupun pada pertengahan Januari.
Ketika ini, Guardiola hanta ada John Stones dan Nicolas Otamendi yang merupakan bek tengah tulen untuk mereka.
Manchester City kerap goyah di barisan pertahanan terutama sekali berhadapan dengan serangan lawan yang fizikal.
Dalam aksi menentang Liverpool, City bolos 3 dan menjarakkan mereka kepada 9 mata daripada Liverpool.
Kompany merasakan Manchester City tidak perlu berbelanja besar untuk menambah pertahanan pada Januari nanti.
Ini kerana Kompany percaya Pep Guardiola jurulatih yang boleh bergantung kepada pemain sedia ada, serta pemain muda. Sementara menunggu kepulangan Laporte.
Kompany memberitahu Sky Sports: “Saya rasa Manchester City tidak perlu untuk membeli mana-mana pemain pertahanan pada Januari ini.”
Kompany mengingatkan Guardiola agar tidak menjadikan kekalahan di Anfield sebagai alasan untuk panik membeli pertahanan.
Ini kerana Anfield memang badi untuk Manchester City. Ia tempat yang sukar untuk mereka.
“Kami sentiasa sulit beraksi di Anfield. Saya sudah nyatakannya dalam analisis pada Super Sunday lalu. Kamu sudah berjuang 25 tahun untuk menang di Anfield, namun masih gagal.”
“Menentang Liverpool hanyalah 2 perlawanan daripada 38 perlawanan. Kamu bermain berhadapan pasukan sebagus Liverpool dan berjuang berhadapan dengan sejarah kamu di sana.”
“Jika terbalikkan keadaan dan perkara yang sama berlaku kepada Liverpool. Mereka juga bertarung dengan sejarah selama 30 tahun tak menang liga.”
🗣️| Vincent Kompany on City’s defensive problems and our record at anfield:
"I don't think they need to sign another defender"
"We always struggle at Anfield. I said that on Super Sunday, you're fighting 25 years of not winning at Anfield and that's difficult" pic.twitter.com/DwynX5OR9U
— City Chief (@City_Chief) November 12, 2019
“Rasanya, City masih ada kelebihan. Itu yang saya rasa. Untuk bahagian pertahanan, cara terbaik untuk City bertahan adalam dengan menyerang. Itu yang kami lakukan selama ini. Tiadda alasan untuk mengubah keadaan itu.”
“Nanti apabila mereka berjaya mendapatkan rentak, saya yakin kita semua akan melihat mereka memenangi banyak perlawanan.”
Vincent Kompany doesn't think City need a new central defender.https://t.co/xSrgOc1JG3
— AS English (@English_AS) November 12, 2019
Ditanya tentang kontroversi gol Liverpool. Kompany berkata: “Insiden yang berlaku tu mengelirukan saya. Itu masalahnya. Susah saya nak ulas, sebab saya keliru.”
“Saya rasa gol itu ok untuk diberikan. Saya bukannya pakar dalam semua perkara. Dan saya melihat ke kanan dan kiri kepada Jose Mourinho dan Roy Kean serta Souness, semua kami keliru.”
“Memang orang akan berkatan tentangnya. Apa yang berlaku, benda macam ni masih diperdebatkan. Bukankah VAR menjadikan bola sepak lebih mudah dan adil?”
“Gol Fabinho itu berlaku 20 saat kemudian (selepas handball Arnold). Pandangan saya, masih kekal dengan pendirian, Liverpool pasukan yang bagus dan kedua-dua pasukan cuba bermain dengan cara mereka.”