Ronald Koeman nampaknya sudah mula dengan kerja untuk merombak skuad Barcelona. Menurut RAC1, bekas pengurus Belanda itu kini sedang mahukan Memphis Depay untuk memperkuatkan bahagian serangan pasukan.
Pengurus baharu Barcelona itu melihat penyerang Belanda berusia 26 tersebut sebagai pemain yang sesuai untuk menggantikan Luis Suarez.
Suarez dilihat sebagai salah seorang pemain yang akan ditunjukkan pintu keluar pada jendela perpindahan musim panas ini, dan Ajax dikatakan sebagai antara kelab yang berminat untuk mendapatkan pemain itu.
Champions League semi-finals since Memphis Depay was sold by Man Utd in 2016-17:
✰ Memphis (1)
✰ Man Utd (0)
✰ Man City (0)Memphis 1-0 Manchester. #UCL pic.twitter.com/xKTLu6abjU
— Squawka Football (@Squawka) August 15, 2020
Suarez masih mempunyai baki kontrak setahun, dan perkhabaran dari kem pemain itu menafikan beliau akan meninggalkan Nou Camp.
Ia bagaimanapun tidak menghalang Koeman memulakan projek beliau untuk membina kembali Barcelona dengan beberapa pemain termasuk Depay sudah berada di dalam senarai pembelian
Depay kini beraksi bersama Olympique Lyon, dikenali sebagai pemain yang memiliki fizikal tegap, selain daripada kepantasan dan versatiliti.
Penyerang berusia 26 tahun itu juga adalah pilihan yang lebih murah berbanding penyerang dari Argentina, Lauturo Martinez yang kini bersama Inter Milan.
Ronald Koeman has given 3 names to the Barcelona board that he wishes to have at the club according to reports in Spain. Donny van de Beek, Memphis Depay and Michael Keane. Keane is being looked at as a replacement for Gerard Pique. pic.twitter.com/mJlajuigUz
— Transfer News (@TransfersLlVE) August 19, 2020
Depay mempunyai kontrak bersama Lyon sehingga 2021. Ini bermakna Barcelona menjangkakan yuran perpindahan sekitar €40 juta untuk pemain tersebut, atau bekas pemain Manchester United itu boleh menyertai mana-mana pasukan secara percuma pada musim panas akan datang.
Selain daripada Depay, Koeman turut melihat kepada pemain tengah Ajax, Donny van de Beek yang dikaitkan dengan Real Madrid.
Van de Beek pernah bercerita mengenai kemungkinan menyertai Madrid sebelum ini. Namun kehadiran Koeman di Nou Camp mungkin menjadi tarikan lebih menarik buat penyerang itu.
Pada usia 23 tahun, Van de Beek dilihat sebagai pemain yang mempunyai potensi tinggi dari Belanda, dan boleh mengganti posisi Ivan Rakitic.