Jika anda seorang kaki instagram, anda mungkin kenal akan nama penari longboard dari Korea Selatan bernama Ko Hyojoo. Ko menjadi sensasi selepas video beliau ditularkan oleh rappers Kero One yang berbangsa kacukan Amerika-Korea.
Kemahiran Ko Hyojoo menari di atas papan longboard dengan pesona gadis yang menawan membuatkan aktiviti itu nampak cantik dan indah.
Beliau sudah banyak menghasilkan vlog di beberapa buah negara dengan aktiviti itu.
View this post on InstagramA post shared by Ko Hyojoo (@hyo_joo) on
Apa beza longboard dengan skateboard?
Longboard adalah lebih panjang dan lebih lebar. Ianya lebih stabil dan lebih mudah untuk dikendalikan dengan lebih keupayaan untuk mengimbangi peluncurnya.
Namun ia tetap memerlukan anda berlatih untuk mengawalnya. Ia taklah semudah yang disangka. Untuk aktiviti menurun bukit, longboard dikatakan memberikan kepuasan tersendiri.
Sensasi Ko Hyojoo
Berbalik kepad kisah Ko Hyojoo, dia adalah seorang gadis pendiam dan pemalu yang berdialek Goyang. Ko Hyojoo menjadikan hobi ini sebagai satu kepuasan dirinya yang tidak begitu banyak bergaul.
Ko Hyojoo kemudian berjaya menamatkan master dalam sukan dan beliau telah menjadikan sukan ini sebagai riadah yang dikongsikan beliau dengan rakan-rakan di media sosial terutama sekali instagram.
Keyakinan Ko Hyojoo semakin bertambah kerana sukan ini. Hyojoo menari-nari di atas papan yang lebarnya 9 inci itu. Membuatkan ia nampak sangat mudah.
View this post on InstagramA post shared by Ko Hyojoo (@hyo_joo) on
Beliau suka melakukan aktiviti itu di belakang kediamannya. Beliau tidak melakukan sukan ini untuk menunjukkan kemahiran ekstrim beliau tetapi untuk kepuasan peribadi dan bergembira.
Ko hanya memuat naik untuk suka-suka. Selepas tular, instagram Ko Hyojoo menerima pengikut sehingga 450,00 dan kini ianya semakin meningkat.
View this post on InstagramA post shared by Ko Hyojoo (@hyo_joo) on
Terpancar senyuman dan kegembiraan beliau setiap kali menari di atas papan tersebut. Pengikut dan peminat beliau menghargai apa yang dilakukannya.
Selain daripada bersukan, Hyojoo mengenakan pakaian dengan fesyen remaja terkini dengan pemandangan yang cantik. Itu antara daya tarikan video beliau. Orang kan sukakan benda yang cantik.
View this post on InstagramA post shared by Ko Hyojoo (@hyo_joo) on
Gabungan elemen sukan, fesyen dan anak gadis yang periang itu ternyata resipi sempurna untuk Ko Hyojoo yang kini sudah dilaporkan dihubungi beberapa syarikat besar untuk dijadikan model dan duta produk mereka.
MSN melaporkan Vogue Japan dan Samsung antara syarikat gergasi dalam senarai dan dijangka akan lebih banyak syarikat besar yang mahu produk mereka terpampang dalam video dan vlog Ko Hyojoo.
Ko Hyojoo menceritakan yang beliau mulai longboarding selepas bosan dengan kehidupan sosial beliau dan mencari perkara yang boleh melepaskan kebosanan itu. Ko Hyojoo bukan jenis yang suka berpeleseran dengan rakan-rakan ataupun berparti, jadi longboard adalah rakan terbaik beliau.
Ko Hyojoo juga seringkali menonton video skateboarder dan longboarder yang lain dan kerap membuat kajian. Beliau adalah salah seorang pereka โinterfaceโ untuk aplikasi LINE Korea.
Hyojoo sangat suka melakukan aktiviti itu di Los Angeles kerana ianya di kawasan persisiran pantai. Beliau memilih cara pemakaian yang kasual tetapi moden dan sesuai dengan sukan itu.
Ditanya tentang jenama kasut yang digemari, Ko Hyojoo menjawab:
โSebarang kasut Nike SB Stefan Janoskiโ
View this post on InstagramA post shared by Ko Hyojoo (@hyo_joo) on
Ko Hyojoo pertama kali muncul dalam klip video artis ternama dalam video muzik Umbrella oleh Far East Movement. Beliau memberitahu, dalam video tersebut, Ko Hyojoo hanya diminta meluncur dengan gembira dan ceria sahaja dan tak perlu menujukkan skil yang sukar.
Gadis Korea Selatan ini adalah peminat setia Bewhy dan Jay Park. Beliau kemudian dijemput oleh Hyperbae untuk merakamkan aktiviti meluncur longbaord di LA.
Ko Hyojoo berharap dia boleh melakukan sesuatu untuk mempromosi sukan ini dan memberitahu peminatnya yang beliau akan mengeluarkan beberapa vlog menarik selepas ini.
Anda juga boleh ikuti youtube Ko Hyojoo.